...sekolah kehidupan..

Wednesday, March 23, 2011

Hari ini: satu dua tiga empat

MAAF. IA CERITA PANJANG. JANGAN BACA JIKA ANDA LETIH.

Hai. Semoga anda sekarang bagus-bagus hidup. Saya pun sedang hidup bagus-bagus juga. Sehat. Gembira. Dan bekerja keras. Makan berkhasiat. Cuma tidak sempat bersarapan pagi. Dan perut masih lawas. HAHA.

Ish. Macam gila buat ayat macam diatas. Ok. Sila berhenti.

............................................

Hari ini: SATU

Mereka melantik saya menjadi pengetua . ish agak-agak lah statement tuh. Tidak lah. Mereka melantik saya menjadi ketua panitia bagi matapelajaran sejarah. Saya sungguh serabut.

Bukan apakah. Saya tidak pandai menjalankan tugas pengetua Ceh! Ketua panitia itu. Selama ini saya adalah orang dibelakang tabir yang saya suka memberi komited untuk melicinkan pentadbiran. Saya suka itu. saya gemar membuat kerja ini dengan membantu menjayakan misi pasukan.

Tidak lah saya ada gaya pemimpin bagus. saya Cuma penggerak. Bukan pencipta sesuatu.

Tapi. ini lah cabaran baru pada saya. Diberi kepercayaan ini oleh sang pengetua yang datang berjumpa saya pula. Gilos lah kau. Mampush!

Maka. Saya kena belajar semuanya dengan baik. Saya harap saya akan dibimbing dengan baik. Saya budak baru belajar. [nah buah cempedak diluar pagar tanda saya bersungguh menyatakan saya budak baru belajar]

Titik.

..........................................

Hari ini: DUA

Okay. Hari ini keputusan SPM keluar. Sungguh alhamdulilah peratus matapelajaran Sejarah sekolah saya naik mendadak. Tapi yang mendadaknya jugak adalah tahap cuak saya. bila guru kanan yang saya hormati itu memberitahu saya yang ini adalah ujian terlalu sukar pula. Saya tahu. Untuk memaintainkan ia. Untuk melonjakkan lagi peratus tahun hadapan adalah terletak pada bahu kita-kita.

Maka. Wajib lah dan tidak syak lagi saya kena bekerja keras mendidik anak murid saya.

Tiba-tiba rasa risau pulak. Cikgu-cikgu bersungguh sampai habis riang. Pelajar pulak lewa-lewa. Ini memang nak kena piap!

Piap! Titik.

...........................................

Hari ini: TIGA

Baiklah.

Tentang piap! Tadi. Saya hantar tiga belas pelajar saya kepada cikgu disiplin. Ha kau? Kena rotan. Ini pasal tidak datang kelas tambahan SPM. Hengat cikgu bangun awal-awal datang sekolah buat kelas tambahan pada awak secara percuma. Awak tidak datang. Dok tidur kroih-kroih kat rumah senang lenang ya?

Cikgu bersungguh mahu ajar. [berburu kepadang datar, dapat rusa berbelang kaki, berguru kepalang ajar ibarat bunga kembang tak jadi] macam sajak guru oh guru oleh Usman Awang sasterawan negara kita.

Tidak datang ya. Ha. Sudah saya hantar depa kena piap!

Satu lagi.

Budak tingkatan dua [kelas KRK] dah lah depa mai sekolah waktu pagi. Sebab kelas hadapan. Pelajar yang bukan KRK mengaji sebelah petang. Ini satu keistimewaan.

Cuti satu minggu. Saya sudah bagi kerja sekolah. tidak siap jugak. Okay. okay fine! Tidak siap tidak apa. Saya hantar awak pergi jumpa cikgu disiplin. Kena piap juga!

Hari ini saya sudah mempiap pelajar kelas hadapan saya supaya mereka serik. Jangan berleka. Dan jangan menggula-gula kapas dengan saya.

Okay. titik.

.............................................................

Hari ini: EMPAT

Ok mula.

Nampak tidak diatas. Cikgu bersungguh mahu memandaikan pelajar. Depa lewa-lewa. Lemau-lemau buat kerja. kelas hadapan patut bersedia selalu lah ye dak?

Patut menunjuk contoh bagus kepada yang lain. Ha kau?

Sekali haku hantar untuk di babab. Kelas hadapan memang penakut. Bukan takut sangat. Tapi banyak malu dari takut. HAHA. Buat lagi perangai.

Seterusnya. Depa sudah terdidik. Reti pulak minta maaf dan reti memperbaiki kesilapan. Alhamdulillah.

Kelas tambahan lepas sekolah pun berpusu-pusu boleh datang. KAHKAHKAH. Saya gumbira. Ini baru bagus.

...............................................................

Pelajar tidak tahu yang cikgu sentiasa mendoakan mereka sesudah solat. Setiap kali berjalan menuju ke kelas. Dan semasa sedang mengajar.

Mendoakan supaya terang lah hati pelajar saya. Mudahkan lah mereka menerima pelajaran.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?