...sekolah kehidupan..

Monday, March 21, 2011

Memang macam inikah semua?

Hari pertama sekolah lepas cuti sekolah penggal pertama satu minggu. Sungguh terasa mengantuk dan nak balik rumah cepat. Pagi-pagi saya sudah macam terkena kejutan letrik bila buku jadual kedatangan pelajar saya hilang tidak ada di rak. Siapa yang ambil saya tidak lah tahu. Tapi di waktu rehat ada semula orang itu letak dirak.

Melilau saya mencari. Macam mak kucing mencari anak. Risau. Bimbang pun. Masa mengajar pun hati gundah gulana. Dan cuak tahap tidak boleh cerita. Asyik dok fikir ish mana lah hai jadual kedatangan pelajar saya. Mampus.

Ish. Bikin penasaran.

Hilang buku jadual kedatangan pelajar kena buat report polis dan silap-silap masuk penjara tahu. Ha. Kau? Bukan main penting jadual kedatangan pelajar kepada organisasi pendidikan. Tidaklah perkara main-main ini. haish!

[siapa-siapa yang ambil untuk rujukan apakah. Silalah letak semula. Saya ini penakut sikit. Kang ilang tidak memasal saya fikir saya salah letak atau apakah. MULA LAH MELILAU cari sana-sini. Dan sikit jek lagi mahu saya melaporkan ke pihak atasan. Memang ketar]

................................................

Ah. Berhenti. Mahu kongsi ini. Cerita masa kecik-kecik. Tadi saya berborak dengan puan ibu mertua. Ish. Pengalaman kita sama lah. tidak tahulah anda.

................................................

Satu. Belum
solat subuh. Terasa sudah solat subuh.

Masa zaman kecik kemetot. Bila puan emak kejut bangun subuh. Ish. Masa itu liat jugak nak bangun dengan segera. Puan emak pulak bukan jenis yang berputus asa kejut bangun subuh.

Bila puan emak bangun. Sudah satu kali memekik. "bangun subuh....."

Kita tidak bangun lagi. Sudah dengar dia kejut.

Bila puan emak sudah ambil wuduk nak sembahyang. Satu kali lagi memekik. "bangun subuhhhhhh..."

Kita tidak bangun lagi. Pada hal sudah dengar dia kejut lagi.

Masa itu.

Dalam tidur. Terasa kita sudah bangun. Pergi ambil wuduk. Dan solat subuh. Macam sudah solat lah. dalam mimpi itu.

Bila puan emak sudah solat. Kali ini dia memekik betul-betul: "BANGUN SUBUHHHHH"

Kita jawab: sudah bangun mak.HAHA..

Puan emak mesti cakap ini: "Bila masa bangun hah. bangun cepat...subuh sudah nak habis waktu"

Masa itu rasa terbuka mata. Hish. Belum bangun rupanya. Tahi mata dok bertenggek lagi.

Dalam tidur macam mimpi sudah pergi solat. Itulah syaiton. Menggoda kita sampai macam itu gaya. ye dak?

Saya lah itu. masa zaman kecik kemetot.

.................................................................

Dua. Kencing tilam.

Hish. Tidak semenggah masa zaman kecik kemetot umur lima enam tahun. Kencing malam.

Yang boleh pergi kencing malam tu mesti dalam mimpi dulu. Mimpi main sembunyi-sembunyi. Lari bukan main sembunyi. Penat seh lari. Bersembunyi dari kawan di belakang pokok atau di dalam rumah atau apakah.

Lari punya lah jauh. Masuk buang air kecil dalam rumah. Masa buang air kecil dengan tenang sekali. HAHA. Sedar-sedar tilam sudah basah.

Ish. Spoil betul lah.

Dan tidak semenggah.

Kadang-kadang. Mimpi main kejar-kejar. Punya lah penat tak sangga. Apa lagi lari masuk dalam rumah jugak. Buang air kecil. Sedar-sedar tilam sudah basah. Ha itu lah.

Terus akan tersedar bila tilam sudah basah.

Puan emak apa lagi. Bila cakap pada puan emak tentang buang air kecil. Pagi-pagi bila kemas tempat tidur. Bising lah.

HAHA.

Itulah. Banyak minum air atau sejuk sangat malam-malam. Bikin anak kecil akan cenggitu gaya.

Bila saya fikir balik. Ish. Kenapalah cenggitu zaman kecik kemetot. Tak mo lah.

.......................................................

Lepas itu. saya dan puan ibu mertua. Ketawa. HAHAHA. Punyalah spoil masa kecik-kecik. Gilos.

MEMANG MACAM INIKAH SEMUA MASA ZAMAN KECIK?

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?