...sekolah kehidupan..

Wednesday, March 9, 2011

dan permulaan kita

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Ini entri serius. Akan membawa BOSAN pada anda. Jadi. Silalah pergi main jauh jauh. Ini hal saya sahaja.
.....................

Saya sedang tidak tahu mahu rasa bagaimana.

Tidak lawak lawak ia mempengaruhi saya. Saya rasa inilah permulaan sebuah keluarga yang bahagia. Kesabaran kena tinggi. InsyaAllah.
.....................

Saya sedang libang libu. Tidak tahu mahu sedih. Mahu gembira. Mahu puas. Atau mahu apakah? Saya doa. Tuhan sudah pun makbul. Tinggal saya saja mahu hadap semua.
......................
Saya memikirkan banyak perkara. Tentang semua di keliling saya. Hati siapa-siapa yang dekat dan ada.
.....................

  1. Tapi. Mahu atau tidak mahu. Ini lah hidup sebenar. Suatu masa. Hidup sendiri. Acuan sendiri. Iaitu sebuah keluarga. Sendiri-sendiri.
  1. Dan. Mahu mulakan sesuatu memang terasa berat dan payah. Terasa tidak mampu menjadi dan menjana pula.
  1. Tapi. Bila sudah mula. Dan melepasi saat sukar. Sedang di zon selesa. Kena pula berusaha kekalkan ia.
[kekangan banyak muncul. Tapi. itulah cabaran hidup. sementara mahu selesa dan senang selesa]

Itu lah tiga perkara. Itu lah hidup kita. Atau dalam kerja kita. Atau dalam keluarga kita. Atau untuk di aplikasi dalam apa saja.
.................................

Saya menerima dengan tidak apa apa. Saya rasa ia akan mencabar tabah saya. Maka. Mari beristighfar dan beristighfar. Semoga Tuhan memberi jalan bagus di hadapan.
.................................
Saya akan cuba. Cuma sekarang terasa cuak. Takut. Dan inilah mahu atau tidak mahu. Kena katakan ya!
Saya akan cuba merangka. Sedaya baik mungkin. Mengimbangi anda. Kita. Dan permulaan kita.

Untuk kesejahteraan kita.

Terima kasih encik suami. Saya mengkagumi anda. Sungguh saya berasa libang libu untuk semuanya. Semoga saya akan menjadi cool seperti anda.

Mencintai anda apa adanya. Moga baik baik saja.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?