Ok kita sambung. cerita disini. [sila kilk] Masa kecik-kecik. Apa perkara tidak gemar anda? Bab kena cabut uban atuk memang tidak menahan lah kan? Sungguh tensyen tidak boleh cakap. Kita nak pergi main dengan kawan terbantut lah sebab atuk sudah "tangkap" kita suruh cabut uban dia. Lepas cabut uban. Dia upah pulak kita dengan berapa puluh sen. Kadang-kadang tok bagi gula-gula. Ish. Sungguhpun kasi upah. Saya tetap nak pergi bermain dengan kawan-kawan. Rasa tidak syok dok diam-diam dengan tok. Cabut uban dia. Masa itu. Perasaan kecik saya dok nampak kawan-kawan saja. HaHa. Tidak nampak uban. Nak saja cabut semua rambut atuk. Tidak kira hitam atau putih. ................................................ Main aci ligan Permainan masa kecik sungguh seronok. main aci ligan. Kahkahkah. Perkataan "ligan" dalam bahasa utara membawa maksud "kejar". Punya lah kejar siapa yang kena jadi tukang kejar. Dalam lima enam orang itu. kena kejar dengan si tukang kejar. Kalau rasa-rasa tidak larat lari. Berhenti dan duduk. Ada pulak peraturan bila nak duduk bertinggung rehat kena cakap "chup". Ish. Bila saya fikir-fikir siapalah yang buat peraturan ini. Menjadi satu budaya dan peraturan yang sama pula di serata negeri kita. Saya adalah orang yang paling penakut. Bila kena kejar sangat. Terus saya duduk. Tidak mahu dah lari. Tanda menyerah cepat-cepat. Sebab lagi kena kejar. Lagi rasa takut nak terkencing. HAHA. Lebih baik duduk cepat-cepat. .................................................. Main aci menyorok atau sembunyi. Perkataan menyorok adalah untuk orang utara menggambarkan "sembunyi" Main sorok-sorok paling seronok. KAHKAHKAH. Gelak dulu sekejap baru boleh cerita. Masa tukang kena cari itu sedang mengira satu.dua. tiga. saya sudah menyorok dalam rumah. Siap boleh makan nasik dan solat asar dulu. Atau masuk minum air dan dok rileks dalam rumah. Dengar diluar sudah riuh kawan-kawan mencari tidak berjumpa. HaHa. Peraturan unik adalah. Orang yang pertama dijumpai oleh si tukang cari, dialah yang kena jadi tukang cari pulak untuk permainan seterusnya. Lihat lah peraturan diatas. Siapakah gerangan pencipta kepada permainan dan peraturan. Saya fikir-fikir. Budak sekarang tidak tahu ini. memang tidak tahu. ................................................... Hai. Yang paling tidak menahan adalah permainan baling tin. Ini paling saya takut. Sebab ramai. Dan ada kumpulan. Masing-masing kena baling tin sampai jatuh. Bila dah jatuh. Apa lagi kumpulan yang baling tadi berselerak lari. Sebab akan di baling satu persatu oleh kumpulan satu lagi menggunakan bola yang dibuat sendiri. Selalunya bola dibuat dengan plastik barang. Gumpal-gumpal dan ikat dengan getah. Nak yang jahat sikit dia pergi basahkan kertas dan masukkan dalam plastic kemudian ikat-ikat menjadikan bola itu bulat. Sakit woh. Kalau kena baling dengan bola itu. dalam masa yang sama kena bina balik susunan tin tadi. Kena cepat susun dan perlu ada strategi. Ada orang yang kena pergi susun tin. Ada orang dalam kumpulan kena pergi acah-acah untuk susun supaya bila bola dibaling kearah kita, yang lain boleh pergi susun tin. Bila rama-ramai sudah kena baling dengan bola. Ini adalah tekanan kepada yang tinggal seorang dua. Saya punya lah takut kena baling dengan bola itu. awal-awal lagi saya menyerah dekat-dekat. Kena bola pun dari jarak dekat. Sebab takut sakit punya pasal. .................................................. Main guli. Saya suka juga. HAHA. Seronok permainan macam ini. hey. Siapalah yang cipta ini? siap buat bulatan. Dalam itu letak guli. Bergantung kepada semua pemain. Mahu mempertaruhkan guli berapa biji seorang. Kemudian ada guli yang digunakan sebagai "ibu" untuk bertujuan "tuju" guli yang dalam bulatan. Yang paling seronok masa kita menghentak-hentakkan dua guli sebagai "ibu" masa hendak "tuju" guli dalam bulatan. Bunyi dia sungguh syok. Dan lagi syok jika sasaran kita kena. Hai. Guli yang terpelanting keluar itu menjadi milik kita. Sebelum itu. ada satu garisan. Kena baling guli di garisan lurus itu dulu. Untuk menentukan siapa yang patut mula dulu. Kena ambil giliran berdasarkan guli siapakah yang paling dekat dengan garisan. Dia lah yang pertama. Diikuti yang paling hamper dan paling tidak hamper dengan garisan. Maka. sudah dapat giliran. Kahkahkahkah. Macam apa lagi. Tapi. itu lah peraturan yang memang sungguh patuh masa bermain. ....................................................... Banyak lagi permainan zaman kita kecik-kecik. Kita tidak ada teknologi banyak zaman kecik. Menjadikan kita kreatif mencipta permainan dan peraturan. Tidak ada siapa tahu darimana kah permainan itu bermula dan siapakah yang bikin peraturannya? Bersambung..[nak bersambung lagi kah? saya rasa ini lah nostalgia. Yang tidak semua orang akan rasa. Cuma kita-kita. Yang hidup sezaman kita]
Wednesday, March 16, 2011
Itu lah kita [dua]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
ceq kecik2 nerd jaa.. study...
ghahahaha
Post a Comment