...sekolah kehidupan..

Monday, March 7, 2011

Kahkahkah sesaat

Sekarang saya rasa hidup macam tidak teratur. Kerja saja dalam kepala sekarang. oleh itu mari lah menulis sesuatu yang seronok dan boleh gelak.

Mari lah kita KAHKAHKAH sesaat. Pun jadi lah.

...................................

Satu.

Masa saya sedang marah dalam kelas sebab pelajar saya ada dua tiga orang tidak bersedia lagi mahu jawab peperiksaan. Masih bercakap. Masih buka buku. Sedang saya sudah mahu edar kertas peperiksaan. Arahan saya macam dengar tidak dengar saka. Maka sedang saya mengwarning.

Ada seorang pelajar di tepi tingkap. Betul-betul hadapan saya. DIA KENTUT. Kuat juga.

Pelajar meja sebelah tergelak. Sebab saya sedang marah. Maka dia tidak gelak banyak. suasana diam sahaja.

Saya?

Gelak dalam perut. Tidak boleh saya senyum sebab saya sedang marah.

Maka. menahan nafas dan ketawa dalam hati dan perut sahaja.

KAHKAHKAHKAH.

.................................................

Dua.

Saya jaga peperiksaan juga. Kelas budak sudah besar. Tingkatan lima. Masa tengah jawab periksa. Seorang budak laki-laki. Nombor dua dari hadapan meja saya. minta kebenaran mahu ke tandas. Saya benarkan. Bila dia balik duduk di tempat dia. Saya tidak syak apa-apa.

Rupanya dia pergi beli fishball. Siap ada sos. Lepas itu. saya dengar bunyi plastic. Saya tengok bawak meja dia. [sebab meja budak sekarang besi dan plastic. Ada ruang menembusi.] Saya nampak di tangan dia ada fishball.

Saya diam dulu.

Saya cuba paling tempat lain.

Bila sesaat saya berpaling. Dia sudah masukkan fishball dalam mulut.

Nah! Masa itu saya terus berpaling semula dan tengok dia.

Dia terkejut. Terus kemam fishball dalam mulut tidak kunyah-kunyah.

Saya tengok dia lama-lama.

Dalam hati: "mahu saya lihat dia sampai bila dia mahu kemam fishball itu"

Lepas itu. saya mahu ketawa. Mata dia merah. Fishball itu ada sos pedas.

Dalam hati saya: "tahan pedas rupanya"

................................

Saya tidak boleh tahan serius.

Sebab suasana diam.

Saya senyum dan cakap ini:

"sampai bila mahu kemam fishball pedas itu?"

..........................

Dia ketawa dan senyum. Tunduk malu. Dia ingat saya tidak nampak tangan dia di bawah meja sedang pegang plastic fishball.

Pelajar lain tidak tahu apa.

Bila siap jawab. Masa saya kutip paper. Saya cakap ini:

"tolong beri air pada dia. Dia pedas. Sebab makan fishball tadi. Nasib baik tidak tersedak"

...................................

Keluar saja kelas. Saya KAHKAHKAHKAH. Dalam perut.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kurang kan stress.... tp jgn ketawa lelebih sgt... huhuhu


iman dan ulam..begitu dasyat kah?