...sekolah kehidupan..

Tuesday, March 22, 2011

hey. itu adalah USAHA.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

saya melihat pelajar lemah saya. khususnya dari kelas terkebelakang. sengaja saya menguji tahap daya usaha mereka. ia bagus.

mereka adalah pelajar lemah akademik. daya ingatan yang tidak kuat. datang dari mungkin keluarga yang tidak seperti kita. masalah keluarga banyak mungkin. hati tidak juga terang belajar. atau apakah. dan mereka little bit noughty. ish. not little bit. tapi banyak. banyak noughty.

jika ada tiga tahap untuk mengukur nakal mereka. saya bagi dua setengah per tiga.

jika guru itu terlalu lembut. sohih guru itu akan di gula-gulakan menjadi gula-gula kapas yang cair dalam mulut. makan terus tanpa kunyah. meresap dalam mulut.

nampak contoh itu? senang sekali dibuli dan di anu-anukan oleh pelajar dari kelas ini.

HAHA. ish. saya baru belajar perkataan "anu" di Johor bahru ini. ia bukanlah membawa maksud lucah pada perenggan diatas. bermaksud seperti "senang di apa-apa kan" mungkin..untuk sesuai dengan perenggan diatas itu lah..
maka.

saya dari awal lagi sudah pasang taring tajam-tajam dan muka ketat. bila ada masa kita berlembut. maka kita boileh saja bergurau dan gelak ketawa. TAPI. tidaklah boleh berlembut sangat. sebab mereka sungguhlah licik dan tidak semenggah.

mengajar dikelas hadapan. saya simpan taring jauh-jauh. sebab seperti tidak berguna. Budak kelas hadapan saya sungguh komited.
kelas hadapan seperti kelas sains tulen atau sains fizikal saya. mereka memang sudah bagus.
...................................

okay. kembali kepangkal jalan. berkenaan pelajar lemah saya.

hari semalam. saya menguji mereka.
sengaja saya memberi soalan yang memerlukan pelajar ini mencari jawapan sendiri.
hey. mereka berlumba mencari. dan berusaha pula menarik perhatian saya untuk memberitahu mereka telah menemui jawapan.

mereka berlumba mahu siapkan awal sebab bila mereka sudah siap banyak. saya secara sengaja menyebut nama mereka kuat-kuat menyatakan pada yang lain dia itu sudah siap.

sedikit pujian dari kita akan memberi tindakbalas yang positif untuk pelajar lemah.
sungguh pun mereka lemah akademik. tetapi mereka ada usaha dan IA SUNGGUH BERNILAI pada saya.

tidak lah saya mengharapkan mereka cemerlang. kerana mereka sungguh lemah akademik. mereka ini sukakan kemahiran. tidak sukakan akademik.

semalam. cuma saya mahu uji tentang USAHA.
hey. mereka ada usaha. itu pun sudah cukup buat saya gembira.

tapi. biarpun berada di kelas gred belakang sekali. tulisan mereka semuanya sungguh cantik. tidak kira laki-laki atau perempuan.

kecuali seorang. dia itu suka tidur. suka saya menyatakan sila tidur diluar kelas saya. sudah buat dia terbeliak biji mata. sebab saya sediakan satu meja ditepi pintu diluar untuk siapa yang mahu tidur.

hari ini ada lagi masa bersama mereka. saya suka melihat mata mereka terkebil-kebil. tanda memberi perhatian dengan cerita.

sudah boleh bertanya saya apa itu apa ini selesai mengajar. sudah boleh bertanya markah peperiksaan mereka pada saya. sungguhpun untuk semua matapelajaran mereka adalah GAGAL. dan sudah boleh bertanya saya kerja sekolah saya sampai manakah perlu diselesaikan.

HEY. ITU ADALAH USAHA!

mereka mungkin ada masalah. daya ingatan yang lembam. tidak lah kuasa kita mahu mengubah atau apakah. kita cuma boleh membimbing sedikit. orang lembam dan lambat terima input. akademik pada saya adalah yang kedua untuk pelajar lemah saya ini. yang penting adalah akhlak.
dan mereka sungguh cintakan hasil kerja tangan. KEMAHIRAN.

daya ingatan mereka cuma tiga minit. kemudian lupa.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

nak buat macamana.....kalau seme bijak dalam akademik.... sape plak le nak buat bab kemahiran nih yee....

kalu seme jadi CEO... sape le nak jadi despes.... huhuhuh

Acik As said...

daya ingatan saya juga tiga minit tapi benda yang tidak saya suka...hehehe (betulkah??) oh tidak


iman dan ulam..begitu dasyat kah?