...sekolah kehidupan..

Sunday, February 27, 2011

dua hal sakit.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..

Saya taip entri ini guna sebelah tangan sahaja. Bukan pasal nak tunjuk cekap atau nak kata ada gaya yang sungguh berstail. Atau nak kata sedang berlatih untuk pertandingan taip entri guna talipon tangan dengan sebelah tangan saja'

tidak.

Tangan sebelah lagi dok menekan perut tanda sedang senak menahan sakit. Lepas itu hingus dan air hidung menjejeh-jejeh. Air mata tidak payah cerita tanda sedang menderita.
Dengan menaip satu-satu abjad secara lembap membentuk perkataan dan menjadi cerita macam satu terapi otak supaya tidak fokus sangat pada sakit.

Dan sebagai petanda sudah tidak ada arah mahu tahan.

Bila macam ini. Hati jadi sebal sebal. Segala rasa ada. Saya sedang tensyen dengan keadaan. Ini bukan seperti yang saya mahukan. 
......................
Ini cerita orang wanita. tamat.

......................
Ini hal lain.

Saya tidak larat lagi menunggu. Saya sedang menderita emosi secara diam. Seperti mahu lari. Tapi tidak boleh. Tanda perlu kepada penyelesaian. 
Saya mahu kehidupan yang betul. Ini bila fikir. Jadi sakit banyak. Menjadikan jumlah sakit kepada dua untuk hari ini. Cuma bezanya. Satu sakit bermusim. Satu sakit yang menuju parah jika tidak bagi ubat.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?