hey! iman menulis sesuatu hari ini..KENA USAHA. KENA CUBA. BUKAN HENTAM BUAT IKUT SERONOK HATI SAJA.
Selamat pagi. Hidup ini semua kena berusaha. Kalau tak ada usaha memang tak jadi apa. Duduk di tahap itu itu saja. Tidak kemana. Harapkan Tuhan saja nak bagi rezeki percuma percuma. Tidak ada.
Yang kata rezeki itu. Tidak lah ia datang bergolek golek kepada kita. Main boling pun kalau tidak ada skill cantik, main baling saja, bola boling bergolek tanpa hayunan yang kena dan kuat. Pin tidak jatuh. Tidak kena sasaran. Bola masuk longkang di pertengahan jalan. Rugi lah.
Macam itu lah hidup.
ADALAH RUGI SECARA BERGANDA BILA ADA ORANG YANG SUDAH TAHU CARA UNTUK MENDAPATKAN HASIL TAPI TIDAK MAHU GUNA PENGETAHUAN ITU.
Tau berserah saja pada Tuhan tanpa anda usaha dulu memang mencari lagha. Nak tuhan bagi itu bagi ini dalam hidup. Tapi anda usaha tidak mahu. Membabi buta buat. Tidak mahu ambil tahu strategi. Memang akan tidak ada hasil yang dimahukan.
Inilah sikap orang. Kadang sudah ditunjuk ajar dan sama sama mahu ikut belajar. Tapi, kalau hati tidak hendak. Tidak jadi. Kalau hati tidak mahu ikut belajar. Tidak jadi jugak. Ia sesuatu yang kecewa.
Terasa sampai bila baru boleh faham dan tahu? Jika tidak mahu usaha cara yang betul. Atau apakah? Inilah orang. Jika ada ego. Bergunung gunung. Biar benda betul, tobat lahum dia tak mahu dengar dan ikut.
Hari ini berjanji. Hari itu cakap faham. Esoknya berubah pulak. Menjadi tidak ingat ilmu dan tidak ingat janji.
Kalau tidak usaha memang tidak kemana. Saja saja tanpa usaha adalah sebuah sia sia yang kasehan.
Dalam hidup kena ada dua:
1. Kena cuba. Tidak tahu. Kena belajar dan ambik tahu.
Kemudian
2. Kena usaha. Ada usaha. Adalah hasil. Bukan hentam buat ikut seronok. Usaha kena ada cara yang betul.
Mengharap. Tapi. Tuhan pun tak bagi apa apa.
Sebab?
Anda tidak usaha dan mencuba. Memang anda di situ saja.

0 comments :
Post a Comment