...sekolah kehidupan..

Sunday, February 6, 2011

esok.esok.

hey! iman menulis sesuatu hari ini..


selamat petang. selamat berhabis cuti raya cina yang masih bersisa berapa jam saja lagi. hai. esok sudah mula kerja. maka. sila senyum tanda setuju walaupun ada hati tidak rela melepaskan cuti. auuww!

jangan nak mengada hokay? esok sudah mula kerja. tak adanya rela atau tidak rela. pergi kerja.
..............................

esok.
bangun awal sikit.

esok.
pergi kerja awal sikit.

esok.
terima kerja dengan semangat sikit.

esok.
tabah lah hati kuat-kuat sikit.

esok.
tarik nafas dalam-dalam sikit.

[tang "sikit" tu. kalau boleh tukar jadi "banyak". silalah tukar]

esok.
esok.
esok.

lusa.
lusa.
lusa lagi.

dan tulat.
serta tungging atau buyong.

kerja. hidup. cabaran. berdikari. matangkan diri. dan jangan putus asa banyak.

dan buatlah yang terbaik dalam hidup.

moga Allah mempermudahkan urusan kita seharian.

amin. ya. rabbal alamin.

p/s: hidup saya di sekolah baru bermula. maka esok saya memang kena kuat-kuat secara sikit-sikit. lepas itu baru jadi kuat secara banyak.

1 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ada pepatah berbunyi..".. sikit²... lama² jadi bukit...." ..

kalau keje.. sikit2..tak buat.. mau berbukit.... huhuhuh


iman dan ulam..begitu dasyat kah?