hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Selamat sore bapak-bapak dan ibu-ibu serta peria semua.
[ lihat pada ucapan selamat di atas, ini bukan entri pasal indon. Ini entri serius]
........................................
Saya mahu bagitahu ini saja:
GANYANG MUAMMAR GADAFI. Ganyang juga anak beliau Saif.
Geram dari hari semalam tidak dapat tulis. Menahan hati menjadi berbulu melihat mereka berdua buat Libya macam HARTA keturunan nenek depa punya.
Saya pelik dengan Gadafi itu. Sungguh pelik. Imej dia suka berdakwah pada wanita cantik. Contohnya di Itali. Kumpul beratus wanita kristian. Nak yang cantik datang ke pesta dia. Punya lah dia mahu tunjuk baik. Suka berdakwah pada wanita. Bagi Qur'an sorang satu.
Lagi dia punya pe'el mahu bagitahu pada dunia dia ini orangnya sederhana. Duduk dalam khemah saja bila pergi mana-mana bersidang. Tanda zuhud sungguh. Tidak lah duduk di hotel mewah macam orang lain.
Ceh. Pada saya dia sungguh dramatik dan melankolik. Dia suka berlakon lah. Inilah politik.
........................................
Nah. Bila Libya bangkit. Sudah tidak larat menghadap empat puluh tahun Gadafi rambut kerinting dan berserabut memerintah. Kenapa engkau tidak zuhud dalam mendengar suara umum?
Kenapa engkau arah tentera bunuh rakyat engkau sendiri?
Kan engkau suka berdakwah tanda cinta islam. Dengan tindakan suruh dan arah tentera bunuh rakyat libya, tanda engkau hebat dan faham tentang islam dan dakwah?
Kenapa anak engkau kata akan berjuang sehingga ke peluru terakhir bagi menghadapi kebangkitan rakyat?
Kau ingat Negara Libya itu bapak engkau punya?
Oh. Sebab sudah 40 tahun bapak kerinting engkau memerintah. Maka memang lepas dia letak jawatan kau pulak la yang nak jadi ganti.
Hey. Ada hati rupanya dia.
Kenapa upah orang asing bunuh rakyat libya. Kenapa guna kuasa tentera membaham orang awam dengan peluru sedang mereka tidak punya kuasa dan senjata canggih mahu melawan anda.
Anda sudah gila . Ulama yusof Qardawi sudah mengeluarkan fatwa yang darah anda adalah halal.
Siapa-siapa yang terbunuh menentang anda adalah syahid.
Anda gila. Ganyang gadafi.
Saya lihat muka dia. Saya geli tengok. Ish. Huduh. Kejam pulak.
Saya syak. Tak lama lagi. Sohih Gadafi letak jawatan juga. Tak pun mati katak kena peluru rambang.
Sedang dunia arab sekarang bergolak. Tunisia. Mesir. Yaman. Bahrain. Libya. Algeria. Dan lagi-lagi. Ini bukan perkara main-main. Gelombang kebangkitan mereka dasyat. Dari satu negara menjadi seluruh benua arab. Sedang Libya paling banyak di bunuh oleh pemimpin sendiri. hati dia hitam dan tamak.

0 comments :
Post a Comment