Pagi-pagi kalau tak ada kerja sangat. Mulalah saya mencari resepi dan melihat blog masak-masak orang. Sedap woh. Lepas itu berangan-angan mahu masak. Itu lah kerja. HaHa. ..................................................... Selamat pagi. Saya setiap sabtu sekarang untuk bulan februari ini tidak ada rehat di rumah. Menjadikan cuti pendek kepada ahad sahaja. Ada saja aktiviti sekolah nak kena buat. Tapi satu yang saya suka. Memang aktiviti berjalan baik macam dalam takwim. Tidak ada tangguh. Tidak ada tidak jadi. Semua jadi megikut perancangan teliti. Tahu tak apa yang saya belajar? ini lah pengurusan yang bagus. melaksanakan apa yang dirancang dengan baik dan tersusun. Dan berusaha pula merealisasikannya. Terima kasih Puan Pengetua. Saya sedang mempelajari sikap anda. Punctual okay? ...................................................... Mari lah kita bercakap soal cita-cita. Apa cita-cita anda semua hah? sampai ke tua ini saya masih ada cita-cita. Ewah. Encik suami suruh saya buka kedai makan pulak. [memasak itu hobi saja]. Eceh. Jahat la dia. Kalau saya masak sedap pun jangan lah komersial kan saya begitu rupa. KAHKAHKAHKAHKAH. Ha tudia. ["sedap" la sangat ye dak?] Tapi. Saya boleh lah masak daripada tidak reti dan tahu apa-apa langsung. Saya kategori tengah-tengah lah. [pengakuan berani mati setakat ini saya buat] .................................................... Pasal cita-cita. Ah. Mana tahu tua nanti saya sudah jadi pengetua. KahKahKah. Berangan seh! Saya tidak mahu jadi pengetua. Tapi. ada cita-cita mahu jadi pengetua sudah bagus walaupun tidak dapat jadi atau boleh jadi. Hish! [saya bukan ada talent mengurus. Cuma boleh membantu] Kalau lah saya jadi pengetua. HaHa. Macam lawak saja lah. Saya bukan skema orangnya. Orang yang jadi pengetua semua orang yang skema. Maka. Pengetua itu tidak sesuai dengan saya yang langsung tidak skema. Kang semua cikgu saya bagi cuti. Itu kan sudah cari nahas di hujung-hujung usia berkhidmat. Tidak pasal-pasal saya dicop pengetua bagus oleh cikgu-cikgu. Yo lah. sebab tidak kedekut memberi cuti secara semulajadi katakan. HaHa. Dan dicop pengetua tidak ada disiplin oleh Jabatan Pelajaran. Ha Kau? Duit pencen aku kena potong nanti. Hish! Ngeri. ........................................................ Saya ada cita-cita nak pergi kelas masakan. Buat kek. Adoi. Ya lah. sungguh teringin. Sebab satu, biskut dan kek saya buat tidak pernah jadi. Itulah kali pertama dan terakhir. Pada saya dalam buat kek ini. Tidak ada sekali salah buat lagi. Maknanya ituah penentu. Kali pertama dan terakhir. Dah tak jadi langsung saya humban dalam tong sampah. Nak masak kek ni kena tunggu orang tak ada baru saya cuba. Nanti kalau orang tengok lagi lah tak jadi kek saya itu. terus membantat. Tidak pun kembung kat tengah saja. Kemudian. Bila masak terus ranap dan tidak naik cantik. Ada juga cita-cita macam itu gaya. buat kek dan biskut comel-comel. Eauww! Susun dalam balang comel jugak. Susun kat dalam kabinet dapur bahagian cookies. Ish. Tak tau lah bila boleh buat. Kuih raya satu haram saya tidak pernah buat. Sebab memang tak jadi. Membazir tepung. Membazir duit tahu. Membazir itu amalan syaiton. Maka. moleklah saya berhenti. [zaman sekolah-sekolah menengah. Bila puan emak dan encik ayah tidak ada. Maka. saya akan bekerja didapur membikin kuih. HaHa. Kalau jadi. Maka saya akan hidang atas meja. Bila puan emak dan encik ayah pulang. Wah. Ada kuih hasil air tangan saya. ini lah seronok.] Itu kalau jadi. [kalau kuih eksprimen saya tak jadi. Habis semua bahan saya godam dan buang cepat-cepat. Hapuskan semua bukti memasak saya. sampai sampah dalam tong sampah pergi buang dan bakar siap-siap. kang ada bukti, tanda ada seseorang telah masak. Mesti mahu lihat hasilnya] Jadi. Lebih baik menghilangkan bukti dan menghilangkan diri. HaHa. Itulah hidup. Kenalah buat macam tidak ada apa-apa. Tanda sungguh tabah. Sungguh pun hati gelabah dan kecewa bila apa yang di didamkan tidak jadi. Bersambung....
Wednesday, February 16, 2011
Ish.. cita-cita tersangkut
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

1 comments :
nak pnjam 1 cita-cita... waaahh manaci nak jadi semuaa.. hahahaha
Post a Comment