Hai. Saya di dera. Memang menakutkan. [apa kena engkau iman? Sudah didera tapi boleh ber ahai- hai lagi?] ...................................................sebuah gimik yang tidak menjadi. Saya didera disuruh memandu sendiri pagi-pagi ke sekolah di tengah jalanraya sibuk tidak menahan dengan kereta bersetkan manual. Maka. Enjin kereta mati tengah jalan itu dikira sebagai satu senaman ringan yang gembira untuk kemajuan dan kesehatan badan. Dengan itu kaki dua-dua belajar untuk jadi cekap bermain klach dan minyak serta brek dan brek brek brek tatkala sedang berasak-asak jalan sikit sikit serta jalan perlahan-perlahan henjak ciput-ciput menuju ke sekolah pagi-pagi. KERETA BANYAK TIDAK MENAHAN PAGI-PAGI HOI! [gerak sikit-sikit bikin haku penasaran!]laju jantung ku berdegup! Dengan itu hati dan jantung masa itu meronta-ronta berdegup-degup kencang serta mulut berdoa membaca surah Al-Insyirah minta TUHAN mempermudahkan urusan saya dan perjalanan saya. [ha kau? Baca dengan satu nafas. Itulah perasaan saya setiap kali memandu pagi-pagi. Manual ini sungguh menguji] Dan. Bila turun dari kereta. Ketar lutut tak sangga. Tanda sudah sampai sekolah. Baru buleh pakai sarung kaki dan kasut cantik. Tadi berselipar sahaja. Turun menuju ke pejabat tandatangan kehadiran dengan lemah dan longlai. Sampai di bilik guru. Tarik nafas dan mentalipon encik suami pula. Tanda sudah selamat sampai di sekolah. Dan encik suami pun gumbira lah dan melahirkan syukur Ya Rabbi. Manual ini sungguh menguji keberanian dan keyakinan saya. Bila enjin kereta mati tanda angkat klach dengan cepat. Itu adalah senaman kaki dan senaman telinga. Senaman telinga? Ya lah. saya menahan telinga mendengar bunyi hon dari belakang. Tapi hari ini saya tidak senaman telinga. Saya berjaya buat kereta manual itu tidak mati di tengah jalan. Dan telinga saya sehat pada hari ini. Cuma hati dan jantung berdegup laju. Kemudian. Rasanya otot lutut menjadi longgar sedikit. Tangan juga sedikit sakit parkinson di tahap satu. Sekian. Untuk laporan kesehatan saya hari ini. terima kasih encik suami. Semalam dia tinggal saya. Berjabu dia memandu dengan kereta satu lagi yang manual juga. Terhegeh-hegeh saya mengendarai dengan jentera motokar untuk saya itu. Hari ini dia tidak tinggal saya. Tapi tolong panaskan enjin jentera tanda kasihan. Saya memang didera suruh bawa sendiri. Maka. Ini lah cara untuk memandaikan saya dan meyakinkan. ah. Terima kasih encik suami. [nada PASRAH habis-habisan]. Selamat sampai rumah nanti. Saya akan mentalipon anda juga tanda selamat sampai. Puan Ibu mertua pun senyum juga tanda lega menyambut saya sudah selamat sampai rumah. ini lah latihan sebelum menjadi pemandu cemerlang F1. p/s: ada tak ubat untuk menyehatkan hati, jantung dan lutut saya?
Wednesday, February 9, 2011
Pasrah habis habisan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
Iman hanya memandu bukan apa2 anda pasti blh jika selalu2 memandunya
muni...ya btul..tp, jalanraya sibuk tidak menahan...sungguh menguji..saya penakut!
Post a Comment