...sekolah kehidupan..

Friday, February 18, 2011

Sibuk saya masih menahan

Salam maulidur rasul. Salamun alaik. Segala puji pujian buat Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.

.......................................

Hai. Terasa lama pulak tidak menulis. Hidup saya sekarang semakin parah tidak cukup kaki dan tangan. Jika boleh mahu saja saya pinjam tangan siapa-siapa untuk tolong saya buat kerja.

[ewah. Lagak dan gaya macam sibuk tidak menahan]

Tidak lah. saya sibuk masih menahan lagi. Masih boleh urus. Bagun pagi masih jam enam pagi. Balik sekolah panas lit lit masih boleh memasak. Kemudian masih boleh membasuh dan melipat baju walaupun terkedek-kedek menahan ngantuk dan letih.

Petangnya masih boleh menyediakan sedikit kuih untuk minum petang atau untuk yang berpuasa. Malam masih boleh menanda kertas dan modul pelajar. Dan masih boleh membuat kerja seorang suri menyiapkan semua keperluan encik suami. Makan dan pakai. Pergi pasar.

[ahai. Pergi pasar. Ya loh! Ingat haku tidak reti pergi pasar kah? Bab paling suka adalah di bahagian sayur. I Loike!]

Tidak nampak kah tagline di atas itu: "iman penggemar ulam-ulaman tegar" HiHi. Titik.

..................................................................

Kalau sibuk tidak menahan.

Musti sudah bangun tidur jam tiga atau empat pagi ye dak? Buat kerja rumah sampai lebam bijik-bijik mata. Jalan terhuyung-hayang macam orang mabuk. Letih dan tak larat sangat gaya nya. Rumah macam sepah-sepah dan kecah-kecah.

Rambut gerbang qesoi. Tertungging buyong atas katil tidur bersepah. Gigi habis hitam karies tak sempat gosok. Malah pakai baju renyuk tanda tidak sempat seterika baju pergi kerja. dan stokin hitam belegam busuk cagu.

Daki berkerak di badan tanda tidak sempat mandi. Taik mata bertenggek berselopiang di mata. KAHKAHKAH. [mata berak bukan reti bagitahu ye dak?]

Ish. Ngeri ah. Ha kau. Itu lah tanda anda sibuk tidak menahan.

.......................................................................

Kesimpulan:

SIBUK SAYA MASIH MENAHAN.

Kalau masih boleh mandi dan sehat juita, sempat lagi memasak dan mengemas apa yang perlu. Itu kira boleh lah lagi. Sembahyang maghrib boleh lagi berjemaah dengan encik suami. Kira boleh lagi lah.

Tahu tak apa?

Belajar erti bersyukur. Jangan asyik cakap sibuk. Sibuk. Sibuk. Tak sempat. Tak sempat. Itu ini. semua tidak siap.

Itu memang cari nahas.

Tamat. Kelas pengurusan masa. HaHa.


iman dan ulam..begitu dasyat kah?