Ish! Tulang belikat saya sungguh sakit. Ha tu dia. Cakap macam orang tua-tua yang hidup zaman jepun bila guna perkataan "tulang belikat". Saya sakit belakang lah dua tiga hari ini. Hadoh! Kenapalah cenggini gaya. [macam mak nenek si bongkok tiga pulak ye dak?] Ish. Titik lah cepat-cepat. ...................................................... Ini entri boleh dikatakan: Macam ini lah. Senang cakap. Dan membuat ayat mudah. Kalau tidak boleh dihubungi. Jangan letak no talipon untuk dihubungi. Kelak menjadi kemarahan orang. Ye dak? Dari zaman belajar. Sampai zaman kerja. Memang payah betul mahu dihubungi. Saya hairan dengan jabatan itu. Letak bagus-bagus "hubungi kami" di web mereka kemas-kemas dan cantik-cantik. Di kepala surat pun ada nombor talipon sebaris yang cantik juga. Di saji pula dengan jika terdapat sebarang kemusykilan, sila hubungi 03-27XXXXXX. Hotline disitu. Bila kita talipon bertalu atau secara tidak bertalu-talu. Harem tak dapat dihubungi. Asyik line sedang sibuk tidak ada peluang mahu dapat. Bila kita talipon secara tidak bertalu atau bertalu. Kena gaya dapat pulak. Yang menyetankan [kata dasar adalah "syetan"]. Di ulang, yang menyetankan keadaan operator yang jawab itu adalah mesin. Tekan lah nombor apa yang kita mahu hubungi. Kena mak pak kat kampung yang talipon, kasihan sungguh dia tahu kah mahu tekan talian apa? Kena kita pulak yang talipon. Tekan satu untuk itu. Tekan dua untuk ini. Tekan tiga untuk itu dan ini. Barulah sampai dekat operator yang ada suara macam kita bukan lah mesin lagi. Lepas itu. Yang menyetan keadaan lagi. Operator manusia yang jawab itu. Menyambung talian kita pulak ke sana. Dapat di sana. Menyambung pulak talian kita di sini. Pi mai pi mai tang tu. Dapat kat bahagian ini. Di passing pulak kita ke sana. Dapat di sana. Dipassing pulak kita ke situ. Kesana dan kesitu. Kita pun mana larat buat dan susun ayat rasmi-rasmi tanda professional berhubung dengan jabatan kerajaan. [cikgu katakan. Kenalah skema] Tapi. cenggini ha kalau sampai satu jam tak buleh-buleh cakap lagi. Asyik dengan operator saja. @#$%^. Sudahnya. Tidak pulak ada orang jawab. Sedangkan kita sudah tunggu berkurun. Satu apa tak boleh tanya dan cakap. Masalah bersarang dalam kepala. Dok musykil kenalah tanya sebelum kita turun tandatangan mahal kita sebagai persetujuan perjanjian. Ye dak? Bil talipon jadi melambung sebab hal menunggu di talian lama sangat ini. Memang sabar pun tidak berguna. Talipon bila-bila masa pun tidak boleh cakap. Lepas itu habiskan bil talipon. Lepas itu membazir masa. Sampai satu jam tunggu pun tidak boleh lagi cakap di bahagian dan dengan orang yang betul kita mahu. Yang jawab adalah. Mesin. Operator kat depan kaunter itu. dan main passing talian dekat operator di kaunter lain pulak. Menyetan sungguh kan? Memang tidak menahan. Sabar pun tidak berguna. Maka. letak saja talipon. Buat bodoh. Dan jangan talipon lagi. Jangan tandatangan. Biar sajalah. Musykil itu anggap saja macam masalah rambut gatal yang nampak tegar ada satu dua helai di kepala. Abaikan dia. Habis kuat kena cabut. Tidak payah cari ubat atau pergi Yunnam Hair Care. p/s:sebenarnya. Saya mahu tanya sesuatu. Supaya saya boleh mempermudahkan urusan pihak dia dan saya. tapi..
Thursday, February 10, 2011
Sabar pun tiada guna.
sabar pun tiada guna.
Tapi sabariah ada guna [dia sepupu saya]
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

0 comments :
Post a Comment