Hai dunia maya. Saya belum sempat melawat pyramid di Mesir. Mesir sudah nak jadi jahanam sebab Hosni Mubarak sekarang sudah nak kena cantas oleh rakyatnya. Tudia pendahuluan ayat. Tidak menahan kau? Memang. Memang saya teringin sungguh nak pergi tengok sendiri pyramid segala fir'aun di sana. Seronok kan melihat sejarah? Ah. Titik. Bukan nak cerita pasal pyramid lah. .................................................... Mari saya tulis apa dalam kepala saya sekarang ini. .................................................... Hati rasa di mesir sekarang sungguh kasihan. Saya doa supaya tidak berlaku perang. Saya harap Hosni Mubarak letak jawatan. Saya rasa walaupun dia letak jawatan. Keadaan untuk menjadi pulih seperti sedia kala tidak akan berlaku serta merta. Dan jika dia tidak letak jawatan pun, keadaan bergolak terjadi juga. Jika dia letak jawatan pun, akan menjadi beban besar kepada siapa yang jadi pengganti. Sebab jika pengganti yang tidak pro amerika dan yahudi naik pun. Sudah tentu akan mendapat tekanan dari Amerika dan Yahudi juga. Maka. macamana? Jika yang naik itu pengganti pro Amerika dan Yahudi juga. Maka. berterusan juga agenda kafir lahanat disitu. Ye dak? Saya doa pelajar Malaysia di Mesir selamat sejahtera. Dan saya rasa Hosni Mubarak mana buleh berhenti daripada menjadi talibarut yahudi dan sekutu Amerika. Memang dia tidak lah boleh menjadi seperti biasa dan lurus. Dah 30 tahun dia membarutkan diri dengan Yahudi. Kalau tidak, takkan lah dia tega dan gamak membina tembok konkrit bagi menyekat laluan yang dijadikan pintu keluar masuk bekalan makanan, ubat-ubatan, air bersih dan perhubungan penduduk Palestin semasa di serang Israel dulu? Gamak. Sesama islam. Tapi. Menolong menangkan Yahudi. Saya lihat keluarga Hosni. Bila berlaku pergolakan cenggini gaya. Keluarga dia awal-awal lagi sudah cabut lari. Naik pesawat peribadi. Berjabu lari selamatkan diri di London. Ha kau? Dia kaya raya. Perang sikit dan rasa terancam. Dia selamatkan diri dulu. Ini lah bacul. p/s: rakyat bangkit menentang kezaliman pemimpin. Ini tandanya. Kesabaran rakyat sudah tidak ada. Bila bersabit pergolakan dengan dunia arab. Saya menjadi takut. Sebab pada saya. Dunia dan negara-negara orang arab itu sungguh besar. Kenapa Arab yang ramai-ramai dan banyak-banyak itu tidak bersatu?
Tuesday, February 1, 2011
Hosni
Saya baca dan tengok berita pasal mesir. Saya jadi takut. Mereka merusuh. Saya terfikir. Politik sungguh kotor.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
risau kat member2 gua kat sane.haih..
uihk.. mana boleh beliau berenti... nanti dia akan datang ke malaysia.. sebab dia ada sedara kat malaysia..... itu artis.. majid mubarak.... huhuhuhuhuh
phat lee: sama2 kita doakan keselamatan rakyat kita disana...amin
pokcik: ahahha..majid mubarak...pandai ye pokcik mengesan sedara beliau..
Jangan sampai ada piramid yang terkorban,hehe, kenapa arab-arab yang ramai tu tak bersatu, dasar kolonialisme yang berlaku setengah abad yang lalu berjaya menjadikan dunia arab khususnya, dunia islam amnya dipecah perintahkan, melalui projek nasionalisme.
Post a Comment