...sekolah kehidupan..

Wednesday, January 26, 2011

Saya melihat ini

Morning Wednesday!

amaran: ini karangan panjang sungguh. kalau tidak larat jangan baca lah.

Saya melihat sekolah saya.

Tempat saya mengajar. Seronok. Ini tempat kerja yang memang untuk bekerja. Bermula dari orang atas-atas sampai bawah-bawah lajak ke makcik sapu sampah dan sedang cuci tandas. Mereka sungguh rajin dan bagus.

Sekolah ini besar. Surau saja sudah dua tingkat. Maka. Jikalau saya nak parking kereta kena belakang-belakang. Sebab sat lagi kalau parking kat depan. Saya terlekat sampai balik tak boleh keluar. Kereta cikgu petang block pulak.

Sebab sekolah baru. Maka. Saya yang terhegeh-hegeh mahu bawak kereta. Kenalah belajar parking di tempat yang tak kacau orang langsung.

.................................................

Saya melihat makcik dan pakcik kerja di sekolah saya.

Sungguh bagus dan rajin. Saya suka. Mereka sapu sampah. Saya senyum dan bagi salam dulu kalau lalu disebelah. Sebab kalau tidak bagi salam dulu, saya malu. Sekejap lagi mereka bagi salam dulu pulak pada saya. Saya muda. Depa tua dah. Tidak sajaklah kalau depa bagi salam dulu.

Pagi tadi. Saya melihat makcik sapu sampah lagi. Bukan setakat kat kaki lima dan longkang. Bukan ada sampah sangat pun. Cuma habuk dan daun kering. Lajak sampai ke kelas bahagian belakang makcik masuk sapu sampah. Dalam kelas memang ada sampah.

Saya. diam-diam doa. Semoga rezeki makcik berkat selalu. Rajin. Dari pakcik sampai ke makcik.

Bagus. Tahu kerja. Mungkin prestasi diukur melalui persembahan kerja. Maka kena rajin. Tidak lah macam disekolah lama. Makcik sapu sampah macam ada tidak ada saja. Ini lah kelemahan. Sebab kerja tetap. Bukan kontrak. Maka. Bila sudah tetap boleh lah sapu sampah didalam pejabat sahaja.

.....................................................................

Saya melihat pelajar saya.

Mereka segak. Mereka kemas. Mereka cantik. Kena dengan peribadi. Saya senang hati.

Setakat bercakap banyak dalam kelas saya boleh kawal lagi. Apa sangat lah setakat itu. Celah gigi je kata orang muda. Ye dak? saya bersyukur banyak. mereka hadir sekolah. tidak ada masalah ponteng. Tidak ada masalah tidak membawa buku ke sekolah.

Kelas anda di hadapan atau di belakang. Sungguh sopan dan hormatkan guru. Kemudian paling tidak tahan. Saya jadi keliru. Sebab semua cantik, segak dan kemas. Jadi saya macam anggap semua pandai walaupun tidak pandai.

HaHa.

Sebab. Semua baju berseterika bila datang sekolah. kasut putih. Tidak selekeh. Rambut walaupun ada gaya. tapi tetap masih dalam peraturan sekolah. tidak ada rambut punk. Tidak ada rambut panjang. Tidak ada rambut yang blond.

Seluar tidak ada skinny. Tidak besar. Tidak ada gaya pelik.

Ha. Ini saya suka. Lepas itu muka masing-masng sungguh sopan dan bagus lagi skema walaupun ada yang ngok juga dalam belajar dan malas juga sikit-sikit.

Ini tidak apa. Saya redha. Dan saya sedia. Saya boleh ubah anda sikit demi sikit. Tidak banyak pun tidak apa. Sikit pun jadi lah.

............................................................

Saya melihat guru disekolah saya.

Mereka sangat sibuk tidak menahan. Saya sedang belajar menjadi sibuk. Ketchup dengan persekitaran aktif kerja ini. inilah sekolah yang memang tempat memulas keringat secara banyak. saya sudah mula terasa.

Tidak apalah. Sebab pada saya disini masing-masing tahu kerja masing-masing. I Loike! Tidak ada siapa beban siapa. Adil bukan? Inilah kita sebenarnya.

...........................................................

Saya melihat guru kanan saya.

Saya suka. Guru kanan saya adalah ketua mentor saya. Dia membimbing saya dengan bagus. Saya bersyukur banyak. Tidak lah dia memperkuda saya secara banyak. dia rajin. Maka. saya kena lagi rajin dari dia. Baru kena.

Kena belajar cara dia kerja. Maka. baru boleh nak sama macam dia. Kan senang?

Dia tahu computer. KAHKAHKAH. [tidak lah macam orang besar ini yang tidak tahu computer. Tahu hentam saya. sila klik]

.....................................
Saya melihat pengetua saya.
Dia pengetua cemerlang. Saya rasa macam nak tahu cara kerja dia bagaimana dari muda sampai tua ini. hujung tahun ini sudah dia pencen. Tapi. Saya macam tidak berani pi tanya dia:

"puan, boleh tak kita cerita-cerita?"

"puan, boleh tak puan cerita pengalaman kerja puan?"

"puan, boleh tak berkongsi rahsia cemerlang anda dengan saya yang baru bertapak ini?"

Ah. Tidak berani. Tidak berani. Saya tanya dalam hati saja.

Sang pengetua. Pagi-pagi sudah berpeluh. Meronda seluruh bangunan. Melihat pekerja bawahnya buat apakah. Bertugas kah. Atau apakah.

Ha. Ini lah bagus.

..........................................................

Saya melihat perhimpunan sekolah saya.

Saya gembira. Sebab jimat waktu. Pengetua saja yang bagi ucapan. Guru bertugas tidak payah bagi ulasan apakah. Cuma laporan dalam kertas yang dipantau pengetua saja.

Jadi. Masa pertama tidak terbakar macam itu saja. Cikgu masa pertama masih masuk kelas macam biasa. Dengan itu ha kau? Silibus kita tidak lari dan tidak tertangguh.

Pengajaran dan pembelajaran berjalan macam biasa. Tidak lah rasa hai! Waktu pertama memang dah hangus.

Kalau dulu. Atau di sekolah mana yang pernah saya praktikum atau saya mengajar. Atau sekolah lain yang pernah saya belajar, saya lihat macam ini.

Lepas pengerusi majlis cakap. Nanyi. Doa. Ikrar. Ucapan cikgu bertugas. Bla.bla. lepas itu. cikgu lain pulak cakap. Lepas itu Penolong Kanan HEM ka. Penolong Kanan pentadbiran ka. Last sekali pengetua pulak. Nyanyi lagi. Nyanyi lagi.

Ha kau? Lama jugak lah. Terbakar masa pertama.

Ini.

Pengetua cemerlang memberi arahan. Lepas pengerusi cakap. Nyanyi. Doa. Ikrar. Pengetua cakap. Nyanyi. Nyanyi. Balik kelas.

Wah. Bagus. HaHa. Saya suka. Saya tidak mengantuk banyak-banyak.

..................................................................

Tamat.

p/s: saya sedang makan laksam. Sedap seh! Hari ini hari lahir Puan Pengetua sekolah. ada makan-makan. Ini pun saya suka juga. Ahaish!



5 comments :

Murni said...

Saya juga suka bila iman byk suka..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

saya suka...saya suka...saya tumpang gembira untuk cikgu juga...

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kene tanya puan pengetua tu... sbb nanti bila dah pencen.. lagi le susah nak jmpa beliau...

ilmu tak datang bergolek.... kene menuntut dan bertanya...huhuhuh

Achilles Monoloules said...

Penulisan Hebat dan sistemetik =)

Teruskan =)

pensil iman said...

murni n yuyun: sila lah gembira dan positif2 selalu...

pokcik: akan ada 1 msa sy berani nak pi tanya beliau...uhuhuh..

achilles: tqwm....=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?