Saya marah budak-budak sebelah rumah maghrib tadi. Ha kau. Padan muka. Bising tak kena gaya. .......................................... Saya heran dengan mak pak zaman la ni. Mak pak zaman dulu saya rasa kalau ada cenggini gaya pun mungkin satu dalam sejuta. Mak pak sekarang kalau macam ini gaya sudah banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan. Contoh tak jauh. Orang sebelah rumah saya. Dulu kurung anak. Pernah cerita disini. [sila klik] Pergi kerja. Mak balik kerja pukul satu pagi. Bapak pergi kerja juga. Balik pukul duabelas tengah malam. Anak kecik kemetot tinggal dalam rumah. Sorang adik kecik jantan. Tadika. Sorang lagi perempuan. Darjah-darjah. Bila hari sudah malam. Hari ini. apa kena haku tidak tahulah. Budak-budak menjerit-jerit lagi. Yang syoknya jerit panggil cikgu bertalu-talu. Bertalu-talu hokay? Bukan sekali dua berhenti. Ini namanya tiada henti. Malu seh! [kalau jerit panggil nama mak dia hokay jugak tau?] [saya dengan kawan lah tu cikgu. Jiran depa. Rumah kami sebelah-sebelah. Melekat dinding di tengah-tengah] Kawan serumah keluar pergi tengok. Apa kena. Budak-budak kecik sebelah rumah bagitahu. 'cikgu, kami tidak mahu tinggal dalam rumah. Tolong buka pintu. Kami tak mahu duduk dalam rumah' Kawan saya bagitahu. Duduk lah dalam rumah diam-diam. Nak ke mana malam-malam cenggini gaya. Saya tahu budak-budak itu takut. Yang si kakak menangis kuat-kuat dah. Saya rimas tidak tahu mahu macamana. Sudah dipujuk bagus-bagus. suruh kawan serumah saya itu menalipon ibu mereka pulang. [bila menalipon. tidak boleh dihubungi] ...................................................... Tiba-tiba meraung lagi. Meraung lagi panggil cikgu-cikgu secara kuat dan bertalu. Tidak berhenti-henti. Saya sudah mula naik hot. Apa kena menjerit panggil nama cikgu cenggitu gaya. rumah orang kampung dekat-dekat sungguh dengan rumah sewa saya. ....................................................... Pada saya. ibu dan bapak cenggini gaya cemana rupa? Anak kecik-kecik dok dalam rumah berkunci. Nak kena saya dan kawan menjad baby siter pulak kah? saya tidak berkuasa mahu begitu. ........................................................ saya buka gril rumah saya sikit. Saya bagitahu ini: "kenapa terjerit-jerit?" "duduk diam-diam dalam rumah. Jangan menjerit nama cikgu" "esok. Ibu awak pulang kerja. suruh dia berhenti kerja. dan jaga awak sebab awak berdua takut tinggal dalam rumah malam-malam" "menjerit macam ini boleh buat orang marah. Dan tolong diam" "faham?" ............................................................. Budak-budak itu reti pulak faham bahasa dan dok diam. Haku betul-betul menyampah dengan mak bapak macam ini gaya. sudah suka bergaduh dan guna bahasa tidak molek. Anak-anak tinggal cenggitu gaya sahaja malam-malam. Jerit panggil haku. Memang haku hot. Sekali sekala memang haku boleh tolong. Kalau tiap hari. Haku memang hot! p/s: kadang-kadang memang saya boleh marah. garang memang sudah garang dah. ha kau. kan sudah haku marah dan garang sekali harung.
Saturday, January 1, 2011
Haku memang hot!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
salam
mak ai cam tu ye tinggal anak2..haish..amik jelah bela depa tu..hehe jadik anak angkat
wslm...
x kuasa kuda sy nk amik jd ank angkt..hhuhu....xnakkkk...
pos kat pakcik ..budak 2 orang tu....
pokcik..andai budak 2 itu boleh saya kotak-kotakkan dan pos kt pokcik..saya akan kotak-kotak kan mak pak dia dulu pi balai polis..ahah..
Post a Comment