...sekolah kehidupan..

Saturday, January 1, 2011

Jangan melawan.

Sudah zohor. SELAMAT TAHUN BARU. Ini zohor yang pertama tahun Masihi 2011. Kita kalau bulan omputih ni awat sungguh peka sangat? Ye dak? kalau bulan islam ikut kalendar Hijrah. Macam payah nak ingat. Anak murid saya, suruh kira bulan ikut bulan Islam pun tidak tahu apa-apa.

Hish. Ini lah. yang di katakan minda kita sudah terjajah dengan omputih punya cara. Mahu ingat dan ikut kalendar Masihi. Omputih lihat kita ada kalendar Hijrah. Maka buat lah satu Masihi punya based on kelahiran Isa Al Masih.

Dan buat kalendar kira dari kelahiran nabi Allah Isa. Pada hal. Kalendar Hijrah Islam adalah yang pertama-tama di dunia sudah cipta baik-baik bermula peristiwa tahun Hijrah umat islam ke Madinah.

Okay. murid-murid. Selamat belajar. Buka buku sejarah tingkatan empat anda. Bab lima. Perhati betul-betul. Kerajaan Islam di Madinah.

Huhuih! Ha tudia. Berhenti mengajar sekarang. Ini hari tahun baru lah. cuti. Kihkihkih.

[kalau dah nama cikgu. Tidak sah kalau explaination cuma sejemput. Ia datang dalam bentuk berjemput-jemput. Maka. Baru rasa lengkap buat ayat. HaHa]

Ini cerita kalendar ke apakah? Entahlah. Anggap ini entri tidak ada kaitan dengan tajuk.

........................................................................

Cuti tiga hari. Seronok jugak. Petang semalam saya dengan kawan serumah tonton Al Kuliyyah cerita Jin. Huhui. Tak boleh tidur malam saya masalm semalam dok terbayang orang yang diubati oleh ustaz tu.

Nahi....! takut.

.......................................................................

Hai semua. Bila kita salah. Silalah memohon maaf. dan jangan ulang lagi. Kelak tidak bagus dalam sesuatu perhubungan.

Sedang dalam emosi. Jangan menurut kata hati. Masa itu hati memang tengah panas. Maka. Sila istighfar.

Saya bersalah pada orang. Maka. Saya berasa sungguh bersalah. Walaupun sudah meminta maaf dan di maafkan.

Kelak. Saya tidak akan ulang lagi dah. Ampun!

Saya bukan nak derhaka. Saya pertahankan diri. Tapi dianggap salah pulak. Maka. Saya mengalah. Ada benarnya. Saya sedang bersalah.

Moral yang saya dapat. Jika sedang dengan orang yang kita hormat dan patuh. Jika begini keadaannya. Kita mengalah dan diam sahaja. Jangan cakap-cakap-cakap-dan cakap.

Cuma. Dengar-dengar-dengar dan dengar. Dok diam. Maka. Kita akan perolehi kebaikan banyak.

Okay. sila belajar daripada kesilapan.

Jangan melawan!


p/s: sudah 2011. Maka. Diucapkan selamat menyesuaikan diri kepada saya sendiri.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?