...sekolah kehidupan..

Thursday, January 13, 2011

Menyorok di mana anda hah?

Selamat pagi yang sejuk gedi-gedi. Ahai. Sekejap lagi baru ada kelas. Maka. Sebelum masuk mengajar sila ambil kesempatan untuk menulis secoet dua coet.

Saya seronok disini. Ini sekolah baru saya. Gembira juga jumpa kawan baru. [macam biasalah di tempat baru kenalah cari kawan baru ye dak?] nak cari kawan lama? Boleh. Ada juga senior saya masa zaman universiti mengajar disini.

Tapi. Nak cari kawan lama-lama lagi. Tidak boleh lah. Depa dok mana hala sudah.

Saya suka suasana kerja ini. titik. [itu sahaja perasaan saya sekarang]

..........................................

Pagi-pagi ini anda sudah menyorok kah? HaHa. Cakap macam orang tua-tua utara zaman perang dulu. "hang dah menyorok ka pagi ni?"

Saya tanya anda bersembunyi atau belum pagi ini? HaHa. Buang tebiat pagi-pagi tanya orang sudah bersembunyi di manakah.

Mari saya ajarkan anda sesuatu:

Perkataan: menyorok dalam bahasa utara adalah sarapan. Bukan maksud bersembunyi. Kang dok pelik pulak. Kena dapat pak mertua orang utara yang hidup zaman-zaman jepun perang nun. Pagi-pagi dok tanya hang dah menyorok atau belum. Jenuh dok fikir.

jadi. sila bersedia dari sekarang. HiHi.

Perlukah aku bersembunyi pagi ini? HaHa.

Mari. Belajar ini.

Menyorok = sarapan

Loghat utara: "awang, hang dah menyorok?" [bukanlah ditanya nya awak sudah bersembunyi atau belum]

Loghat tidak utara: "awang, ko dah sarapan?"

Loghat skema lagi bagus: "awang, awak sudah bersarapan kah?"

Atau ini.

Loghat utara: "cik salmah, mai la menyorok dengan aku". [bukan lah di ajaknya cik selamoh tu bersembunyi dengan anda]kang. kena tangkap khalwat pulak pagi-pagi ni ye dah? KahKah.

Loghat tidak utara: "cik salmah, jomlah sarapan sama-sama i"

Loghat skema lagi bagus: "cik salmah, sudi apalah kiranya datang bersarapan dengan saya"

Ha kau? Faham tak. HaHa.

Bukan bawak sorok barang hokay? Eh. Boleh jugak kalau anda nak faham bawak sorok makanan dalam perut. HaHa.

.................................................

Perkataan "menyorok" ini hampir sudah tak diguna oleh generasi muda la ni. Yang dok guna perkataan ini adalah tok nenek, tokwan, tok su, pokcik-pokcik yang masa zaman pak ku shadat dulu-dulu ni. Zaman-zaman jepun dok paksa panjat pokok nyioq dulu. HaHa.

Sekarang ni. Kalau generasi muda dengar. Tak tahu lah masih faham atau tidak faham. Saya faham lagi lah. sebab arwah tok dulu suka dok tanya macam ni. HaHa.

p/s: saya rasa bersyukur banyak. Alhamdulillah. Mari fikir positif. Insyaallah. Semuanya akan baik-baik saja. Amin.

6 comments :

Acik As said...

saya sudah menyorok dengan secawan milo panas dalam bilik saya...hehehe

pensil iman said...

sy menyorok dgn susu, kurma n kismis..ahaha..[xtahu siapa cari sy yg sy pergi menyorok tuh..] hihih..

IMANSHAH said...

ambo menyorok doh tadi, make nasik lemok

Unknown said...

hahha..nice2!! ni kompom ramai xtaw ni

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

ari nih pakcik menyorok sikit je... sebab ghari nih pakcik ada makan besar..... lagi pun nyorok kurang menarik..

menyorok = sarapan

nyorok = sarap...

sampah sarap= sampah nyorok... huhuhuhuh

pensil iman said...

nub: org tua utara saja yg taw banyak..ahahha

pokcik..ahahhahahahhaa..sampah nyorok..bagus jugak pkataan ini..hihi


iman dan ulam..begitu dasyat kah?