...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 18, 2011

Bila semua baru

Sudah selasa. Khamis nanti cuti Thaipusam pulak. Appunenne. Selamat Hari Thaipusam kepada semua warga india yang merayakan Thaipusam. Apa motif kau iman?

[nak highlight kat bahagian cuti. HaHa] seronok ah. Pantang ada cuti. Seronok saja. Ye dak? Macam tu lah.

..................................

Bila Semuanya baru.

Saya mahu bagitahu anda yang saya sedang dalam proses berasimilasi.

Macam ini lah. Cuba ingat masa kita sekolah. [pejam mata dan bayangkan. letak tangan kat dagu]

Ada budak baru masuk kelas kita. Ha. Tengoklah dia. Canggung semacam. Mahu belajar benda baru. Cari kawan baru. Dan kena belajar juga dengan persekitaran baru. Cikgu baru. Kerja sekolah baru.

Ha macam itu lah. Saya macam budak baru pindah. Masuk sekolah baru. Ha kau da faham kah? Cenggitulah.

.................................

Bila semuanya baru.

Maka nak biasakan diri di permulaan. It's so hard okay? Dengan jalan raya sibuk dan besar tidak menahan. [kang kena drive sendiri sambil air mata banyak turun tidak berhenti]

Lepas itu. segala sistem di sekolah ini sungguh baru dan saya menyukainya. Cuma mengambil masa belajar dan faham kesemua keadaan.

.................................

Bila semuanya baru.

Saya belajar untuk mensukai pelajar saya. Tidak kenal maka tidak cinta. Sementara mahu bina hubungan bagus dan ceria-ceria selalu. Sebenarnya saya sukakan pelajar saya. hey. Mereka sungguh bijak dan comel dengan pe'el muda.

Tidak berkurang ajar pula. Sungguh saya bersyukur banyak. Cuma rajin dan tidak rajin. Pandai dan tidak pandai sahaja mahu di atur.

....................................

Bila semuanya baru.

Saya kena buat bagus-bagus. Sebab mungkin saya pun akan pencen disini sahaja. Ini tempat duduk saya setelah berkahwin.

Satu sahaja. Kalau berpindah lagi mungkin sebab encik suami tukar kerja. Saya rasa sudah tidak. Kerajaan Negeri. Nak pindah kemana? Kalau Johor. Johor lah jugak negerinya. Tidaklah bernama Los Angeles. Ye dak?


Tamat.

Bila tiba hari bersekolah. Saya kadang-kadang malas bangun pagi. Ha kau? Macam zaman budak. Zaman kerja. Nak tak nak. Kena datang kerja.

p/s: saya garang. Motif? Saja lah nak bagitahu orang.

4 comments :

Murni said...

muni pn bru blik dri johor huhuu..
jauh sunggoh..

pensil iman said...

kutub utara kutub selatan..cenggitulah..ahah

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

kerje itu iabadah.... huhuhu jgn malas2....

pensil iman said...

pocik...sy tidak malas lg..hu..tp..pg2,mata mcm x nk buka banyak..ahaha


iman dan ulam..begitu dasyat kah?