Hai selamat malam sayang. Hehewah! Sedap pulak lagu anak pak tahir selamat malam sayang itu kan? Lagu itu saja yang sedap. Hati saya sekarang tengah tidak sedap. Entahlah. Saya sedang menjeruk rasa. Jeruk tahu jeruk? ibarat rasa menjadi jeruk pala. Jeruk mangga. Jeruk kelubi. Jeruk buah-buahan. Mula-mula molek-molek jek buahan tu. Bila jeruk. Jadi masam. Jadi masin. Jadi masam masin manis.Jadi simpan lama-lama dalam air garam jadi lah jeruk. Itu jeruk tradisional lah. Arwah atuk sebelah puan emak bikin jeruk mangga. Sedap. Saya suka makan masa masih sang kanak-kanak pakai baju kembang merah. Kalau cara moden sekarang ini. Jeruk buah la ni siap orang hat jual tu bubuh ubat tahan lah apalah. Jadi lah tahan lasak cenggitu gaya. Tak sedap pun. Masa makan boleh tersedak. Maka. Saya sedang menjeruk rasa. Sudah lah. Jangan dok tanya pasal apa. ............................................... Tahun 2011 dah. Apa yang dicapai dalam hidup kita setakat tahun ini? Anda capai apakah yang bermakna? Saya? berjaya berkahwin tahun lepas. Dan saya gagal menyambung pelajaran master lagi pada tahun lepas. Dua pilihan Tuhan bagi. Dapat satu sahaja. Tak boleh raup dua-dua. Tamak haloba namanya. Maka. Saya boleh buat kesimpulan: "hidup ada kos lepas" "nak dapat satu yang terbaik. Kena lepaskan yang terbaik juga" [eceh. Masuk teori ekonomi pulak dah] Sajalah. menulis bukan benda lagha saja. Malam ini akademik sikit. Realiti hidup saya. Tidak lah asyik tulis merapu sahaja. .................................................... Mandom saja cerita di atas. Lemau. Lembap. Macam hujan turun tidak mahu berhenti. Tidak lebat. Tapi mencece-cece..berhenti tak nak. Lebat pun tak nak. Ya lah. Hati ceq la ni pun tengah mandom. Entah lah. Rasa macam tidak seronok. Macam inikah selamanya nasib hidup saya mungkin? Sila jangan sedih. Tidak. Saya mahu sedih juga. [orang tidak faham saya juga ada air mata yang lagi banyak yang diam-diam tumpah tidak dilihat orang daripada dilihat orang. JIKA DEKAT PUN TIDAK TERLUAH] Sila lah bersabar banyak. Tidak. Saya bukan sedia-sedia kuat. [orang tidak tahu saya sabar saya pun mahu kan timbal balas dan dibalas kesabaran juga. JIKA DEKAT PUN TIDAK TERLUAH] Sila lah jangan fikir bukan-bukan. Tidak. Saya bukan sedia-sedia tabah. [orang nampak saya macam ini sahaja. tabah. sebenarnya saya tidak. JIKA DEKAT PUN TIDAK TERLUAH] Sila lah motivasi diri macam selalu-selalu. Tidak. Saya tidak mahu. [orang memang nampak saya sentiasa bermotivasi diri. Sebenarnya kadang-kadang saya perlukan motivasi dari orang lain juga. JIKA DEKAT PUN TIDAK TERLUAH] ............................................................. Ada ketika. Saya tidak tahu harus bagaimanakah? Ini entri saya sahaja. Entri yang tidak perlu pengertian siap-siapa. TIDAK PERLU SIAPA-SIAPA BACA. Saya sedang memendam rasa! p/s: macam ini kah saya dan selama-lamanya saya akan terima ini? atau saya yang terlebih rasa? Saya bertukar menjadi jeruk buah pala yang tidak sedap. JANGAN MAKAN SAYA. masam. Tanda sudah lama menjeruk rasa. Miung! Babai. Nite.
Tuesday, January 4, 2011
m.a.n.d.o.m
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
hahha..agak2 depa tau x mandom tu apa naa??
hehhe
nub..sy xtaw depa faham ka dak..xpa2 nnti kita buka klas bahasa utara..hihi
Post a Comment