...sekolah kehidupan..

Thursday, January 20, 2011

Buat sendiri.

Dari hari senin saya kempunan sangat dengan sizzling mee. Maka. Khamis cuti sempena Thaipusam saya masakkan sizzling mee. Wah. Sungguh puas dapat beraya thaipusam dengan makan sizzling mee. Ha kau? Satu Malaysia kan. Kenalah cenggini gaya. HaHa.

Merapu tidak habis-habis. Sebab cuti umum. Maka saya ada ruang untuk memasak dengan riang dan tidak penat.

........................................

Buat Sendiri lah senang. BUAT SENDIRI. hokay?

Mari saya ajar anda. Untuk murni inilah menunya. Kalau kat kedai tu kadang tidak sedap. Pahit pun ada. Tidak tahu rasa apa pun ada. Kadang-kadang sungguh pekat kuahnya tidak menahan. Makan rasa macam makan gam ubi warna hitam perisa kicap sahaja kan.

Jadi. Rentikanlah tabiat makan kat kedai. Kita masak sendiri saja hokay?

Tadaa~ ini sizzling mee saya. yummi!

Walaupun sudah serata pelosok benua johor bahru saya dan encik suami pergi cari bekas untuk letak sizzling mee. Tetap tidak jumpa. Kecewa sungguh. Tapi tak apa. Pinggan pun pinggan lah. tak jadi mahu buat gimik macam dekat kedai.

Bahan-bahan:

Ini wajib ada.

  1. Tepung jagung. [untuk pekatkan kuah]

    Ini bahagian sos pulak.

    1. Black pepper sos
    2. Kicap manis [nak guna kicap cair ke pekat ke tidak lah salah]
    3. Sos tiram

      Di bawah ini bahan menumis.

    4. Bawang besar dan Bawang Putih [kisar lah]
    5. Halia [potong nipis-nipis dan kurus-kurus]
    6. Kiub ayam [ satu dah la. Kang banyak hayal pulak]
    7. Cili kering [ 3 tangkai cukup kot kalau sikit. Kalau banyak 5 tangkai. Potong tiga]

...........................................................................

Okay.

Langkah 1:

Tumis bawang. Halia. Cili kering yang dipotong tadi. Kiub ayam. [boleh tak ni? Baru menumis takkan sudah serah kalah. Ye dak?

Langkah 2:

Masukkan sos tiram. Sos lada hitam. Kicap. Secawan air. Dua cawan pun taka pa. Tiga pun tidak apa. Lihat pada kuantiti anda masak lah.

Biar mendidih. Sebab saya sudah guna kicap manis. maka. saya tidak perlu lagi letak gula. Letak garam ikut rasa anda.

Langkah 3:

Masukkan cendawan. Biar kan sampai masak. Masukkan ayam yang dipotong kecik tadi.

Hey. Ayam tu. Kalau anda suka ayam yang lembut tidak menahan masuk kan terus lah. saya tidak suka. Saya akan goreng ayam tu dulu secara tidak sungguh. Maksudnya goreng layang-layang dulu. Baru lah ia tidak lembut sangat. Dan isi masak sedikit.

Ini. ada juga orang rebus dulu ayam. Ada yang tidak rebus. Terus masuk. Saya tidak. Saya goreng layang.

Tidak kira lah anda suka apa. Biar sampai mendidih.

Langkah 4:

Tepung jagung. Bancuh tepung jagung dengan air sejuk. Jangan guna air panas. Kang tepung berketul pulak. Maka. GUNA AIR SEJUK. Jangan degil hokay.

Tepung jagung untuk pekatkan kuah. Masukkan dalam kuah. Kacau. Kalau tidak pekat. Masukkan lagi. Jangan lah pekat sangat. Agak-agak lah ye dak? [kang jadi macam gam perisa kicap pulak. Ye dak?]

Siap kuah. Tengok gambarajah dibawah.

Tamat. Kuah yang penting. Ye dak?

.......................................................................

saya suka dengan cendawan ini. sedap woah!
........................................
bila siap masak kuah. boleh lah ambil yee mee anda yang bersanggul tu. masuk lah dalam bekas dia ke claypot ke nonstik periuk ke letak atas dapur. buka api perlahan hokay? kang hangus.

[bagi yang tak ada bekas macam saya ni. sungguh kasihan kan?] Haha.

letak yee mee. cedokkan kuah sahaja. panaskan sampai yee mee lembut. pecahkan telur. Rasa telur dah masak kira okaylah.

kemudian.
ambiklah cendawan dalam kuah tadi berapa banyak pun yang anda suka. hias cantik-cantik. baru ada mood bagus nak makan. kemudian. masukkan sayur yang anda celur tadi.

eh lupa. cili hijau. potong lah. letak sos ikan sikit. kalau ada cili jeruk pun sudah okay. ini penting ni. kalau tak ada ini nanti muak dowh!
selamat mencuba!

p/s: sudah nak masuk februari. cepatnya masa berlalu.

6 comments :

Unknown said...

nak rasa!!! hihii

maryam said...

sdp eh tgk..urm..

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

walawey..... time nih pakcik tgh lapo... jengah plak belog kamu nih... berkeroncong perut tgk sizling kamu nih

pensil iman said...

nub: mai la rasa...xdan hang nak mai dah habis aku makan tinggal pinggan jek..ahah

pensil iman said...

maryam: tu bru tgk da sdp..xrasa lg tuh..ahai..

pensil iman said...

pokcik: silalah suruh ur luv masakkan..pasti menjilat sudu sudu...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?