...sekolah kehidupan..

Monday, January 17, 2011

Terima kasih bang! HaHa

Selamat bekerja pada hari isnin. Sila bersemangat dan jangan mengantuk. Sebuah pesanan pada diri saya yang sungguh mengantuk di perhimpunan pagi sekolah tadi. Phew! Serius mata macam kena gam. Buka tutup buka tutup. Asyik nak melekat saja.

.............................................................

Malas lah. Rasa bercinta mahu menunggu broadband saya connect dengan internet. Macam zaman budak-budak pakai baju kembang tengok tokwan-tokwan atau opah masak dodol. Lenguh tangan sampai peluh-peluh tak masak-masak lagi lah. Cucu tunggu nak makan. Ingatkan cepat masak. Lambat tidak menahan.

Masa tak ada kelas ni lah mahu tulis sikit kat sini ye dak? Tapi. Kalau cenggini gaya. Alamatnya memang kena sabar tahap maulana.

.............................................................

Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada seseorang. Yang bertungkus lumus membantu saya membuat sesuatu yang bermanfaat.


Dia adalah orang ini:

Dan ini web saya: http://cikgudanpensil.ucoz.com sila klik.

Terima kasih kerana membantu saya membuat web saya sendiri. Melayan pertanyaan saya yang macam-macam. Bersabar dengan saya yang mahukan sesuatu dengan baik dan cepat. Mengajar sesuatu yang langsung saya tidak pehe apo ke mugo? [ewah. Pekena kecek klate semeta kat sini ye dak?]

Dengan tunjuk ajar anda lah. Saya sudah boleh menggodek-godek sendiri web tersebut. Dan dari masa kesemasa. Saya akan perbaiki dan penuhi bahan disana.

Kalau tidak ada tuan guru ini. Mungkin saya macam biskut meri celup air teh susu. Lemau semacam. Tak taw bila boleh siap. Jadi. Dengan adanya pemantau dan fasilitator [ewah. Tidak menahan punya pangkat] maka. Saya sudah reti buat sendiri.

Dan dari masa ke semasa saya kan belajar dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang ini secara banyak.

Terima kasih bang! [macam mak-mak sebut ini]


yang menulis,

isteri abang ni.


[kahkahkah. tak menahan tulis macam ini gaya]

senyum sorang-sorang di bilik guru melahirkan rasa cenggini. korang reti ke?

p/s: pengetua sekolah saya adalah pengetua cemerlang. sungguh bagus lah. tapi. saya mahu sebuah senyuman. baru okay. ye dak?

4 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

huhuh.. dasat cikgu nih.... ada laman sesawang sendiri..

pensil iman said...

huhuh..pokcik..tidak lah dasyat mana..setakat belajar mencuba..=)

Unknown said...

suweett..gahahah

pensil iman said...

tq nub..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?