...sekolah kehidupan..

Friday, January 14, 2011

Kena mahu. Kena berani.

Selamat petang. Saya suka hari jumaat. HaHa. [sebab balik sekolah awal. Jam 12.10pm]

Baru sudah makan. Sungguh mengantuk tidak menahan. Tapi. Saya sudah haramkan mata saya tidur petang mulai jumaat ini. sebab. Tidur petang bikin malas dan mimpi hantu jahat-jahat semua.

Maka. tahan lah bijik mata anda. Sila mandi sekejap lagi. Jadi segar banyak.

Titik.

.............................................

Sekejap lagi saya kena buat sesuatu yang kena berani dan mahu. Maka. saya kena berani. Saya kena mahu. Kalau tidak berani. Kalau tidak mahu. Tak jadi. Memang tak jadi. Selamanya saya tidak boleh buat.

Berani.

Berani lah hadapi semua ini. kalau tidak berani mana boleh hidup senang. Sila yakin diri. Kalau tak berani. Semua benda rasa takut lah ye dak?

Mahu.

Memang kena mahu belajar. kalau hati tidak mahu. Maka. satu haram tak jadi. Kelak tidak boleh kemana-mana.

Kawan masa belajar diploma dulu kata kat saya: Nampak saya macam gagah perkasa. Kaki panjang. Tinggi lampai. Dan macam kuat dan boleh saja. Tapi. Nak langkah longkang besar sikit pun tak berani. Sanggup pi jalan kot jauh kot mana ada jambatan. HaHah. Ya lah. [sayalah itu]

Lepas itu. bawak motor pun tidak reti. Nak-nak satu kali masuk longkang. Satu kali terkandas kat pokok. Satu kali yang terakhir dah dewasa dan besar-besar ini, masuk petak sawah orang dekat rumah di kedah.

Ha kau? Kalau cenggitu gaya. memang saya sudah haram bawak motor. Memang tak kena lah. maka. sebelum lutut saya luka. Maka. jangan bawak lagi dah.

Itu lah. kawan kah. Encik suami kah. Selalu cakap ini. nampak macam boleh. Tapi tak boleh.

Kan ini satu penghinaan terhormat? rasa sungguh tak berstail lah kan? Maka. saya kena berani dan mahu.

Sungguh. Mari saya bagi ibarat lain pulak:

Macam ni lah. Macam ahli bina badan lelaki. Badan besar. Muka garang. Nampak kuat macam badang. Tapi. Main lompat getah yang ziropoint tuh sambil pakai cekak rambut ada riben bulu-bulu warna pink. Ha kan dah nampak alo alo lo comelnya. Tapi kecomelan itu tak kena dengan tuan.

Kemudian:

Kalau bawak kereta. Lalu kot tepi lori besar. Mata boleh pejam. Risaukan lori. Ha kau? Ini memang kena marah secara berpukal-pukal. Maka kena berani lebih berganda sikit. Apa lagi kereta manual.

Jadi. Petang ini saya akan buka mata.

..........................................................

Haish!

Saya akan berubah. hup! Saya memang kena berubah. kalau tidak. Saya tak boleh kemana.

6 comments :

Rossnie said...

mesti nak bw keta kan..

Unknown said...

btl2.kena barani nak pukoi2 orang..heheh

pensil iman said...

rosni...k.ain kna bwk kereta suami pegi keja dgn tahap kesibukan jalan raya mencecah 360darjah...sungguh takut..

pensil iman said...

nub; tidak lah saya berani mempukoi orang..

Yuyun@HanLeeYun a.k.a. KuLaT_NaKaL said...

selamat pagi cikgu..selamat berhari sabtu....

Anonymous said...

slmt hari sabtu yuyun..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?