Selamat pagi thaipusam. Jumpa anda di Batu caves. Appunenne. HaHa. [syukur Negara kita aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya] : apa pasal tulis pagi ini sungguh berbagus-bagus.
Saya belum tidur. Sedang menunggu encik suami pulang. Beliau bepergian bersama adik, abang dan pakcik beliau bermain badminton bagi melepaskan peluh lima enam gelen. HaHa…………………………………..
Sajalah. Sudah saja solat isyak dan berdoa. Saya berasa Tuhan mempermudahkan hidup saya sungguh banyak. Dan saya berasa YAKIN diri dalam hidup sungguh perlu. Seperlunya air dalam kehidupan. Makanan. Pakaian. Dan tempat tinggal. [ewah. Macam kuliah ekonomi tajuk keperluan dan kehendak.Mari bermotivasi.
Nombor satu:Fikir yang kita boleh buat.
Set kan dalam fikiran. Dalam hati. Yang kita boleh buat. Kalau tak macam ini gaya. Memang akan punah ranah semuanya. Kalau semua benda tidak boleh buat? Takkan nak duduk saja hah? Hah? Hah?Kenalah fikir boleh buat. Benda susah ka. Tidak susah ka. BUAT. Jangan cipta alas an.
Jika kita berhadapan sesuatu yang sukar. Sila cool dulu. Lapang dada dulu. Kemudian solve it![maka. Sila reset fikiran. Boleh buat]
Nombor dua:Kuat semangat.
Saya tahu ramai orang mampak gagah diluar sana tapi hati dia kecik. Takut. [saya tidak terkecuali] penakut juga. Orang Nampak saya macam boleh. Tapi hakikatnya dalam hati sungguh penakut. Cait!Bawak kereta pun takut. Saya lah tu ha. Nak interview pun takut. Saya jugak lah tu ha. Maka. Ignore takut-takut itu. Face it!
Maka. Kita kena kuat semangat nak lakukan sesuatu yang kita rasa payah.Jadi. Sila menjadi badang kebalkan hati. [maka. Sila suruh hati menjadi kuat. Kebal sikit. Harung saja]
Nombor tiga:Maw tak maw kena YAKIN.
Yakin.Tidak ada orang yang berusaha secara tidak putus asa akan sentiasa gagal. Man Jadda Wa Jada [ Nabi Muhammad s.a.w bersabda ini] maksudnya: Siapa usaha, dia dapat. Maka.
Yakin diri. Pasti boleh buat. Usaha belajar bila buat silap. Dan sentiasa yakin diri. Kalau ada ini baru bagus. Mesti ada hasilnya bang.
Contoh: Usaha dan yakin diri cuba masak sizzling mee di rumah nak buat gaya macam di kedai, nak-nak kena ada bekas sizzling mee di rumah ye dak? Masak mee sizzling sedap sudah bagus. Lagi jadi bagus kalau ada bekas tu dirumah. Baru okay. Baru rasa macam makan kat kedai. Ye dak?
[merapu dah] Jadi. Yakin lah. Tak bubuh dalam bekas itu pun tidak apa. sedap sudah. Jangan sebab tak ada bekas sudah down.Ha kau?
Faham tak?p/s: melilau lah dua suami isteri mencari bekas sizzling mee seluruh Bandar johor bahru selama tiga hari lamanya. Kerana si isteri mahu masak dirumah. Niat si isteri nak buat gimik macam di kedai. Namun hampa. Tak ada pulak di jual. Rasa macam kecewa. Sebab tu bagi contoh pun nak jugak tulis sizzling mee. HaHa

3 comments :
man jadda wa jadda! ceq suka tuu.
hehe
ermm..rasanya paham!!!
nub: ya ya..sila berusaha...
yuyun..apakah yg anda faham ha...?
Post a Comment