...sekolah kehidupan..

Tuesday, January 11, 2011

Bila boleh turun?

p/s: saya sebenarnya patut beli kasut hari ini. Almari juga hari ini. Tapi..ada orang berjanji tidak ingat.

Maka. Tidak apa. Mari menulis. saya mahu menulis sesuatu.


Bila boleh turun tanjung malim lagi? Sampai kapan pun saya tidak tahu. Ewah. Versi indon pulak disini.





zaman bujang dan anak dara semua nih. lepas tamat berniaga di gerai keusahawanan.

Saya sedang menahan hati. Rindu pada kawan-kawan serumah semasa sedang di universiti dahulu. Sekarang sudah beza banyak. Masing-masing kerja. Sudah berkahwin pun ramai dah. Nak beranak. Yang ada anak. Yang sedang mahu anak. Yang mencari-cari. Masih ada juga.

Yang sudah meninggal dunia juga ada. Tapi kesimpulan berani mati saya mahu buat adalah: ramai sudah berkahwin-kahwin.

…………………………………………


Taman Anggerik. No 17 Tanjung Malim.

Ini lah nombor rumah sewa saya masa zaman universiti. Ahai. Rumah sewa saya dan kawan-kawan sungguh mahal tidak boleh blah. RM1100.00 sebulan. Rumah dua tingkat. Besar. Bilik ada empat. Gila mahal.

motif? sebab masa tu kami sudah ketandusan rumah. tak ada dah rumah mahu disewa. kecuali yang mahal itulah. walaupun oranglain dapat rumah sewa sederet rumah kami. sewa tetap tak sama. rumah kami mahal dari yang lain.

Masa tu kami Cuma budak baru belajar. Berkongsi lah duit membayar duit sewa tahu? Kumpul kawan menjadi sebelas orang mahu tinggal bersama. Terasa perit menyimpan duit. Membayar bil api air sendiri. Memasak sendiri juga. Kena satu kali. Tangki air atas siling pecah. Ha kau. Bulan itu bil air cecah ram500. Gila. HuHu.

nasib baik. sebelas orang yang duduk di rumah itu sehati dan sejiwa. duduk baik-baik. kawan baik-baik semua.

semua ada mug ni. ini mug kasih sayang tahu? HaHa. saya simpan lagi.


…………………………………………………


Kenangan banyak sungguh. Ini kawan baik saya. Sama saya. Tidak minat mengira secara sungguh-sungguh. Patut lah dua-dua jadi cikgu sejarah. Itu sahaja minat.


Secara bagusnya semua kawan baik. Sebab semua adalah satu bidang. Cuma pecahan minor saja lain-lain. Ini kawan sentiasa bersama saya. minor kami sama. esaimen ke hapakah mesti sama-sama. dapt result saja. masing-masing mentalipon dan ketawa berdekah-dekah. apa yang lucu masa itu tidak tahu lah.

saya? Tidak payah cakap lah. Bangun pagi punya lah malas. Kena pergi kelas jam lapan pagi. Kelas akaun pulak tuh. Maka. Wajiblah bawak stokin. Bawak sweater. Ini bilik sejuk tahu? Macam kutub utara. Masa mahu jalan ke kelas. Wajib juga beli kuih. Sampai kelas makan kuih. Sarapan. bila lecturer sudah sampai. Saya sudah tidur.

HaHa. Bila sudah habis kelas. Maka secara terror mata sudah celik. Itu lah bilik sejuk terlampau. Ha kan? Saya sudah tertidur.

……………………………………………………


Bila awal semester. Baru naik. Maka. Wajib saya dan kawan-kawan pergi berkelah dulu. Pergi mandi sungai atau air terjun. [air terjun lah sangat]. Maka.boleh saja bangun pagi. Memasak. Membuat kuih. Menggoreng itu menggoreng ini. Berkelah lah kami sebelas orang di sungai. Dari pagi sampai tengahari. Kemudian. Balik. Tidur sampai petang. Ya lah letih berenang.

[berenang lah sangat] saya. kaki sampai dasar. tangan saja buat gaya berenang. HaHa.


sorang saja reti berenang.

Ini dia orang itu. Si salmi. [sekarang saya rasa sudah sarat dah mengandung anak sulong]

kadang-kadang datang mood jahat. saya panggil dia awie. HaHa. ni suka ni menyanyi dalam bilik air. kalau tak habis satu cd. tak keluar dari bilik air. lama seh!

Malam. Jalan lagi ramai-ramai. Semua. Satu rumah. Jalan ke pekan Tanjung Malim. Pergi makan KFC itu saja makanan segera yang sedap yang ada di Tanjung Malim masa itu. Masa ini tidak kira sakit atau demam kah apakah. Semua kena pergi KFC. Satu rumah berjalan sambil ketawa. Naik flyover.

…………………………………………………

Ini aszdila. dia driver kami serumah yang cekal. sungguh berterima kasih pada didi.


Nama manja Didi. Kami panggil didi lah. Kadang-kadang mai sheik nakal. Saya saja panggil dia abang didi. KahKah. Sajalah melawak. Dia baik. Ni hah. Saya dengan dia. Yang bawah tuh dia ambik upah hantar tong gas kat orang.

HaHa. Ganas kan? Tidak lah. Saya melawak saja. Saja didi ambil gambar kat atas lori depan rumah.

…………………………………………………..

Menjadi kenangan tidak boleh lupa. Malam semester akhir. Bulan puasa. Jam empat setengah pagi. Menonong kejutkan bangun semua sebelas orang. Mahu bersahur di kedai mamak depan jalan rumah. Motif? Sebab itu semester akhir. semester depan sudah tidak jumpa dah. masing-masing praktikum mana hala.

Maka. Hendaklah ada satu kenangan bagus. Semua tidak terancang. Bila bangun pagi. Wajiblah semua pakai baju sejuk dan seluar trek saja. Pakai tudung. Berjalan macam orang mabuk pergi sahur kat kedai mamak. Masing-masing mengantuk. Itulah pakaian seragam keluar malam.

Tak ada sweater tidak sah. Sekarang? Tak ada dah saya t-shirt atau baju sejuk zaman bujang.Tidak tahu mana saya simpan. masih dalam kotak lagi saya rasa.

………………………………………………….

Masak. Memang seronok. Memasak zaman bujang sungguh seronok. Saya rasa masa itu adalah latihan untuk hidup berkahwin-kahwin. Masa itu masak try and error. Sedap atau tidak sedap. Bedal sahaja. Bukan ada mak mertua atau encik suami mahu rasa atau mahu hantar pada jiran. HaHa.

Masa itu sungguh boleh hidup. Dengan sepinggan nasik panas. Telur goreng dan kicap. Sedap tahu? Sardin pun boleh tahan. Telur goreng kata pensyarah saya. Zaman belajar telor goreng boleh jadi macam-macam rasa. Betapa kreatifnya hidup zaman tuh. Tidak payah macam sekarang.

Sekarang sudah kahwin. Menu makan masak kena bagi lengkap saja. Macam hari ini. Mak mertua teringin makan kerabu taugeh. Buatkan dia. Sajikan pulak dengan ikan bakar. Air asam. Ulam bendi. Ha aku? Nak-nak kena bagi set lengkap.

Tengok? Ada perbezaan disitu. Sila belajar.

Zaman belajar. Sungguh mudah.

………………………………………………………


Ini.

Ini lah pertemuan terakhir secara bersama-sama.






Lepas konvokesyen sudah tidak berjumpa semuanya. Kecuali kahwin. Itu pun belum tentu boleh datang sebab ada halangan atau apakah. Ralatnya saya. Masa kawan datang kenduri kahwin saya. Saya tidak ada. Sudah petang. Saya keluar ke homestay suami sekejap. Mahu chekout barang. Tidak berjumpa juga.

Lihat? Wujud halangan disitu. Biarpun sudah ada depan mata kita.

Hari ini. Saya rindu semua kawan saya. Sungguh rindu. Tidak tahulah mereka sekarang bagaimana rasa. Ini lah rasa saya sekarang. Jauh. Nak menangis pun tidak berbaloi kan? Tapi saya menangis juga. Lihat gambar. Ingat kenangan. Lepastu teringat rajuk saya pada seorang kawan baik. Lagi ada air mata.

Tidak apa. semua sudah besar.

Hari ini. Mood celaru. Tulis pun tidak cantik. Cerita tidak ada hujung dan pangkal.

2 comments :

Anonymous said...

emmmm....sorry ain itu jek yg aku mampu ckp...ko ttp kwn aku dunia dan akhirat...kdg2 kt terlupa adatla manusia so...siapa kita nak puaskan ht semua org...kdg2 ada yang terlepas pandang....thanx...best blog ko...rasa rindu pd sume...esp ko

pensil iman said...

its ok..aku ok aje..rindu ko jgk.,nti ada 1 msa jumpa lah kita,aku dh kt jb skrg ni..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?