...sekolah kehidupan..

Sunday, January 9, 2011

lima perenggan rasa

hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Assalamualaikum. [jawablah dalam hati. dapat pahala] ewah-ewah. mengajar orang pulak dak iman ni. ye dak?
okay. nak tulis ringkas sahaja.

satu.
[minta maaf dulu]
minta maaf sangat-sangat pada kawan-kawan lama. memang saya sungguh sibok tak menahan. tidak sempat bertemu anda di saat akhir. atau tidak sempat menyalami dan mencium pipi anda tanda ukhwah di sekolah mahu pun di mana-mana. saya terkejar-kejar dengan waktu.

dua.
[jadi macam lain]
saya plan macam lain. akhirnya hasil macam lain. saya rancang encik suami akan turun ke Langkawi mneman saya memindahkan barang semuanya. tapi encik ayah punya perancangan lagi bagus. menjimatkan masa, wang dan tenaga lagi berganda daripada perancangan saya dan encik suami. maka haruslah saya beralah.

tiga.
[suruh daftar segera-segera]
surat arahan petempatan sekolah baru saya sampai dalam keadaan terkejut-terkejut. rabu sampai. khamis sudah mahu saya lapor diri. maka? ingat saya ini superman kah boleh terbang terus dari Langkawi ke Johor bahru dengan menerbangkan bersama barang-barang yang banyak tidak terpikul.
bila surat arahan lapor diri macam itu gaya. maka. saya kalut menyelesaikan tugas dan serahan tugas dengan sempurna sebelum boleh chow to jb lo!

empat.
[cuak]
sabtu semalam. saya dan encik suami bertolak dari kedah ke johor bahru. malam tadi baru sampai. hari ini sibuk mengemas. kemudian sekejap lagi mahu ronda ke sekolah baru. saya kena berlatih memandu di jalan yang saya tidak biasa. sungguh saya cuak tahap anak kucing baru lahir hilang emak. ye dak? sementara nak biasa maka wajib lah saya mengiauw-ngiauw dulu tanda mahukan perhatian dan tunjuk ajar. HaHa.
[maksudnya, wajiblah saya cuak dulu sebelum biasa dengan semua ini woh!]

lima.
[ketaq lutut]
esok. saya gementar. rasa ketaq lutut-lutut orang utara kata. minggu depan pun sama. encik suami kata beliau tidak akan manjakan saya lagi dengan pergi hantar dan pergi jemput saya di sekolah. saya kena pi sendiri. dia kerja juga. maka. saya tahu saya kena macam mana. pi sendiri balik sendiri. maka? encik JPJ sila jangan saman saya kalau saya buat salah. saya budak baru belajar.
nah! saya bagi buah cempedak di luar pagar. tanda budak baru belajar. ini buktinya. HaHa.

tamat.

p/s: kata nak tulis ringkas. tu dia. ada lima perenggan jugak lah. HaHa. kira pendek lah tu kalau karangan cikgu.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

huhuhu..... MYLUV pakcik dolu..takut2 juga la nak drive p keje... tp la nih.. beliau dah mahir... tapi tidak le semaher zain tu..... huhuhuh

pensil iman said...

maher zain ye pocik..ahahha...


iman dan ulam..begitu dasyat kah?