...sekolah kehidupan..

Tuesday, September 6, 2011

Tidak berapa syok

Tidak berapa syok.

Tidak sehat

Sedang tidak semuanya sehat. Saya. dan encik suami juga.

Sedang bermigrain. Nyut nyut kepala sakit. Semalam tidak saya hadir sekolah. mengambil cuti sakit. Dan encik suami juga. sedang mengalami sukar di telinga kanan. Entah apa masuk dalam telinga. Entahlah.

Hati pun sedang tidak seronok.

Saya bertugas minggu ini di sekolah. mengelola perhimpunan harian. Dan pelajar SPM saya sedang berperiksa percubaan.

.....

Saya Tendang

Adakah saya sedang jahat? Saya rasa sedang bersalah.

Hari ini saya sudah melaksanakan tanggungjawab saya mengikut prosedur. Membuang pelajar saya dari sekolah setelah genap mengikut prosedur buang sekolah.

Ponteng sekolah tidak berturut sudah enam puluh hari lebih. Bulan lepas sekolah lapan belas hari dia cuma hadir enam hari. Menjadikan jumlah cukup ikut perosedur ditendang.

Maka. saya tendang.

Sebab kalau saya tidak tendang. Menjadikan saya tidak ikut prosedur pula. Akhir cerita saya pula yang sabit.

PK Hem sekolah saya sudah JELAS semuanya.

.......

Tidak Ada Gamak

Maka. saya rasa bersalah.

Menendang pelajar saya bukan dengan kaki. Tapi dengan sehelai kertas tendangan. [memang pelajar itu dasar pemalas dan bermasalah sungguh]

Tapi.

Saya pulak tidak ada gamak mahu ikut prosedur. Budak mahu periksa SPM.

Tapi.

Itu lah akibat.

.........

Lemau

Hey. Payah.

Memulakan kerja lepas cuti banyak dan panjang. Payah.

Memujuk perasaan menjadi mahu mahu sekolah dan kerja sungguh payah.

Nak masuk dalam trek dan bekerja baik. Seakan tidak mahu pulak.

Terasa malas dan lemau lemau.

Tunggu minggu depan sikit lagi. baru mood kerja mai.

Ah. Tensyen.


 

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?