Hai Johor Bahru sedang panas sungguh cuaca. Terasa tengahari di sekolah seakan mahu balik mandi sekejap dirumah. Bubuh bedak wangi-wangi dan sikat rambut segak-segak macam burung mala [gembala kerbau] punya kepala berkilat hitam. HAHA. Tanda kemas tak sangga lah tu. Itu Cerita di atas tanda cuaca panas tak sangga. Kemudian tadi boleh hujan sekejap. Kemudian boleh panas pulak. Kuasa Ta'ala. Semua boleh jadi. .... Sudah menalipon encik suami minta izin mahu pergi pasar. Sudah cakap juga dekat dia rasa nak masak asam pedas utara. Asam pedas selatan pada saya tidak boleh hirup kuah banyak. kuah dia pekat dan pedas secara banyak. Balik saja sekolah saya menderu bawak kereta ke pasar beli bahan mahu bikin asam pedas petang ini. Tekak mahu berbuka puasa dengan asam pedas utara dan air laici nak buat jadi air laicikang. Tu dia nafsu puasa. Nak makan macam itu gaya. Terasa mahu hirup kuah asam pedas yang masam-masam pedas ada aroma kesum dan bunga kantan. Haish~ Lepas itu kena lah ada ulam sikit dan sambal belacan. Baru kena. Kemudian. Goreng ikan pekasam yang encik ayah beli dekat Pak Uda masa balik kampung beraya hari itu. Goreng garing-garing sama bawang dan cili padi. Kemudian perah asam limau sukit atas tu. Perghh! Nasik panas-panas. Lapaq pulak sembang macam ini. Dan kalau boleh makan tak nak pandang siapa-siapa dah. Itu cerita pasal nak makan apa buka puasa sekejap lagi. ..... Tak tahu hari ini terasa seronok dan mahu ketawa. Melihat pelajar SPM saya, saya terasa seronok dan bahagia pula. Melawak dan menasehati hal pelajaran. Memberi tunjuk ajar sedaya boleh terasa suka dan seronok. Harap. Pelajar saya baik-baik saja dalam usaha mereka. Harap pelajar saya sentiasa berusaha. Dan tahu erti USAHA. Dan saya berharap pelajar saya tahu cerita tentang USAHA untuk SEBUAH KEJAYAAN. Walau kejayaan kecil atau besar. ... Eauwww! Esok JUMAAT. Syok syok! Sabtu ahad cuti. Itu yang saya maw. Ha. Itu cerita orang tidak sabar mahu berehat pada hari minggu. p/s: saya lihat iklan keropok moni di TV. Lagu dia lucu. Saya gelak bila terdengar ada pelajar saya menyanyi. Saya rela dengar lagu ini daripada lagu yang ada di radio oleh kumpulan muzik yang kadang-kadang tak tau dia kata apa. Lagu rap yang pada saya tak ada seni langsung. Dan kadang-kadang rasa menyampah. Pada saya lebih baik boleh gelak bila dengar lagu daripada rasa menyampah sesak dada. Terus boleh switch off radio.
Thursday, September 8, 2011
Itu cerita
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
amboi kaooo asam pedas utara tu.... bak mai sini sikit.....
kalau pokcik dekat..boleh sj sy pi hantar..ahahh
Post a Comment