...sekolah kehidupan..

Thursday, September 15, 2011

Ia tidak pernah berkurang

Khamis ini redup juga di Johor Bahru. Suka hujan sekarang di Johor Bahru ini. seronok kalau bab tidur masa hujan.

Mau berguling bergulung dalam selimut tangan letak bawah bantal. HAHAHA. Sayalah orang itu.

Cerita pasal hujan dan sejuk. Teringat zaman universiti. Duduk di rumah sewa dengan kawan-kawan. Rumah sewa kami besar. Dua tingkat. Ada empat bilik. tiga bilik air. Kami duduk sebelas orang. Sewa rumah kami mahal. RM1100. Aunty cina apek longsi tu letak sewa by head. Sudah tak nak turunkan sewa lagi dah. Taman Anggerik. Masa itu. kami semua sudah tak ada pilihan lagi. itu saja pilihan terakhir yang ada.

Tapi.Seronok.

Sebelas orang kami semua sekawan. Dan semua seronok seronok tiada gaduh-gaduh. Kami harmoni. Dan meriah.

........

Bab hujan dan sejuk. Saya satu bilik dengan tiga orang kawan. Dalam bilik itu. Ada sorang tu sama saya. Suka pakai stoking masa tidur. Kami dua tidur dekat-dekat. Stokin kami comel-comel dan warna comel berkartun-kartun.

Masa tidur. Kami tidur sebelah menyebelah. Mesti pakai stoking tidur. Sebab sejuk. Nak nak masa hujan. Bersimpul saya dan dia dalam selimut masing-masing. Selesanya kami hampar toto. Mau bergolek kesana kemari tanpa bersalah. Kawan saya itu tidur lasak. Mau berpusing 360 darjah. Tak bersalah dia boleh rasa dia tidur atas bantal saya tapi dia kata bantal dia.

Okay. kembali kepangkal jalan. Bercerita tentang kadar syok tidur dalam hujan.

Masa itu. bila sudah hujan. kipas terpasang. Siapa pun tak mau bangun pergi perlahankan kipas atau matikan.

Bersimpul simpul sembunyi tangan sebab terdedah dengan angin. Gaya yang hampir sama. Tangan mesti sembunyi bawah bantal dan selimut membalut badan. Macam kena bedung. Atau. Masing-masing tidur terlentang. Tangan masing-masing simpan bawah peha.

Sebab suhu badan mesti suam-suam. Jadi. Tangan yang terasa sejuk rasa sangat syok bila di peram pada suhu macam itu. AHHA. Perosok masuk bawah peha dua-dua.

HAHAHHA. Tak mau cerita dah. Ini zaman bujang. Zaman bersimpul bawah selimut dan rasa segan nak bangun matikan kipas sebab beta sayangnya waktu tidur masa itu. walaupun suis kipas Cuma satu langkah.

.....

Masa itu. nikmat tidur sangat syok! Dan sampai sekarang kadar syok tidur masa waktu hujan masih ada dan tak berkurang pun.

Huih!

3 comments :

Unknown said...

tidur dgn saya dah sebati..

oh urg kedah naa..

pensil iman said...

bab tidoq..mmg syok...huhu..

Anonymous said...

sya taim tidu,tidur taim keje pun tidu tak ke namenye sebati tue. tak menahan betul kan!


iman dan ulam..begitu dasyat kah?