...sekolah kehidupan..

Monday, September 12, 2011

Kenal. Baru cinta.

Selamat pagi isnin. Redup dan macam nak hujan. Saya datang sekolah boleh tahan awal. Pukul 6.35 bertolak dan 6.55 sudah sampai. Sambil drive tak dan nak berangan apa-apa terus jumpa sekolah.

Kan seronok pandu kereta boleh releks otak sekejap dengar lagu dan sembang-sembang di radio habis selagu baru sampai sekolah. melepasi jem di jalan kena lah rileks sat.

Ini. tidak. Lagu tak sampai habis. Dan sembang lawak di radio pagi-pagi pun tidak sempat habis dengar. Tut! Sudah parking. Dah sampai sekolah.

Tapi. ini lah sekolah saya.

Yang saya sudah mula kenal dan mula rasa cinta.

.....

Awal lagi.

Baru pukul 9 lebih.

Esok. Encik suami suruh masak lontong. Saya tidak lah tahu lontong itu nama manisnya masak lodeh. Encik suami mahu bawak ke pejabat. Seingat saya. lontong bukan kegemaran saya atau siapa-siapa orang utara. Ia Cuma kegemaran orang selatan di Johor Bahru ini.

Makan dengan nasik impit. Sambal bilis. Makanan orang Indonesia. Di asimilasi di selatan ini.

Jenuh saya study. Mahu masak masakan dia mahu. Akan saya usahakan.

Pertama kali mahu masak.

Saya lihat bahan yang kena ada. Ah. Tidak lah payah pun.

Cuma sedap atau tidak saja.

Itu boleh diuji. Uji pada encik suami dulu.

Sedap pada dia. Sedap lah.

Ah. Ini tidak saya cinta. Mungkin suatu hari nanti. Bila pencen pun di johor bahru. Baru saya boleh rasa cinta dengan masak lodeh.

.....

Esok. Selasa.

Saya rasa saya kena bantu pelajar saya. ada dua kelas yang gurunya cuti bersalin awal. Saya menjadi galang ganti untuk menghabiskan silibus.

Kesian. Dua bab ketinggalan. Kena juga ajar walaupun bukan kelas saya.

Tadi. Saya saja pergi kelas itu. kelas Perinsip Akaun tingkatan empat. Membuat pemberitahuan ambil alih.

Saya tengok depa satu persatu. Sebab cikgu yang sedia ada mengajar cakap kelas ini terlalu bising. Dan tahap gedik budak perempuan di belakang dua tiga orang itu boleh tahan.

Lelaki mendominasi kelas. Hampir 80 peratus laki-laki. 20 peratus perempuan.

Saya rasa.

Sebelum saya masuk. Saya kena siap taring awal-awal.

Dan kunci senyum saja lama-lama.

Dan. Kadar otot lengan saya kena kuat. Supaya senang saya nak hayun buku orang yang tak buat kerja sekolah jauh-jauh.

Dan. Tone suara saya perlu kena letak pitching tinggi. Supaya melepasi bising depa nanti.

kena sedia.

....

Saya fikir. Kena macam ini dulu baru kenal mesra. Tidak boleh berlembut dulu kelak tak boleh dibentuk lagi.

Biar kita begini. Sebelum mesra banyak dan menjadi manja.

Biar kenal baru boleh bercinta.

Sebab.

Kalau tak kenal maka tak cinta.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

biasa la tu..... kadang² apa yg kita nak tu... blm tentu elok.... so terima lah seadanya sesuatu.... kene la kenal dulu... baru kita tau... jgn lupa hantar lontong.... huhuhu

pensil iman said...

pokcik...ahahha..akan sy usahakan hantar lontong tu nnti..hehe..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?