Saya menunggu hujung bulan September. Bulan Sembilan ada tiga puluh hari. Lagi enam hari. Maka baru saya boleh buat keputusan baik atau tidak baik. Ish. Maka. kena buat biasa-biasa. Tidak boleh berharap banyak. Saya titipkan semula. Sedikit kata yang pernah saya tulis. Masih baru. Cuma semalam. 23 September 2011 ...... sedang menanti sesuatu masa yang belum tentu menjadi milik kita terasa seakan cemas jika berharap banyak kelak tidak berpihak kita kecewa menjadi banyak jadi. perlu biasa sahaja berharap tidak tidak berharap pun ya sedang dalam hati melonjak agar masa yang dinanti menjadi mahu mahu mengikut hati kita mahukan apa walau belum tentu tahu masa mahu kita atau tidak jadi perlu biasa sahaja kawal rasa mahu dan kawal rasa dari menyuruh masa mengikut selera kita TUHAN lagi tahu masa itu ada baik pada kita atau tidak atau masa lain baru kena dengan kita jadi. silalah menjadi biasa sahaja. yg menulis: iman. p/s: Sedang dirumah puan ibu mertua. Bila kami berjumpa memang banyak cerita. Cerita sampai tak boleh berhenti. HaHaH. Titik. Sebuah kaseh emak dan anak. Bila tak bertandang rasa bersalah banyak. Jadi bila bertandang semula terus melepas dendam bercerita itu dan ini secara banyak.
Saturday, September 24, 2011
Lagi enam
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
emm menanti sstu ke cikgu?
ps:-ah ha menantu kesayang mak mertua ke ni?
ya. Sdg mnanti sesuatu. Haha. Ya dia ibu mrtua ksygn.
cikgux2..saya rase..
baby..spm..
baby..spm..
uchi: tingu keadaan bah! hihihi ^-*
apa mksd uci baby, spm, then baby n spm again..
Post a Comment