Jangan baca jika letih. Ia adalah sebuah pemerhatian panjang. Oleh semua yang siapa-siapa yang pernah jadi cikgu. Kalau anda mengantuk sila tidur dulu. ...... Saya tengok pelajar saya bercinta dan bercintun. Naik mual. Tapi tahan sabar. Depa budak-budak empat belas tahun dan lagi tujuh belas tahun. Sekolah saya ada dua sesi. Tingkatan dua paling hadapan ada tiga kelas kena mai sekolah pagi. Jadi ada murid tingkatan dua yang saya ajar. Bercinta juga. gatal. Kecik lagi depa semua. Tapi bercinta dah boleh pegang sana pegang sini. Kemudian lagi. wallahua'lam. Selebihnya saya ajar tingkatan lima dan empat. .... Paling tak menahan tingkatan lima. Mungkin hormon tengah naik. Maka. tahap gatal nak bercinta itu pun banyak dalam badan. Jadi. Masing-masing pakat-pakat cari pasangan. Budak sekarang memang tak macam kita dulu. Kadar merenyam sangat tinggi. Seiring dengan kemajuan teknologi. ... Dulu. Kita nak bercinta pun tak reti. Reti mai sekolah. Balik sekolah. Study saja. Lurus-lurus dan tidak pulak gedik gatal dalam kelas sebab semua cuma kawan-kawan. Kemudian. Masuk universiti. Dan masa itu baru reti fikir nak cari pasangan dan selesai belajar dan kerja terus fikir nak bernikah dan berkeluarga. Dan menikah seperti sekarang. ..... Bila budak-budak bercinta dalam kelas. Masing-masing dok control ayu depan bopren masing-masing. Bila kena sergah dengan cikgu masa belajar tak boleh jawab soalan cikgu masa itu boleh nampak muka orang bercinta sedang malu depan awek atau pakwe masing-masing. .... Budak-budak la ni. Bercinta lain macam. Boleh keluar dating suka-suka. Pegang sana sini dan mak bapak bagi izin anak keluar. Mungkin hati sedang berbunga-bunga ada pasangan. Hipokrit semua ini. Yang laki-laki mana ada duit banyak nak taja makan si perempuan. Entah-entah si perempuan kena belanja. Ya lah. duit semua mak bapak dok tanggung lagi. ...... Selalu. Budak perempuan pandai mesti pakwe bodo. [HAHAHAH. Dengar macam jahat. Tapi. Kenyataan lol] Saya tengok fenomena di mana-mana sekolah memang macam ini. Atau. Makwe kelas depan-depan. Si pakwe pulak mesti kelas bongok-bongok di belakang sekali atau belakang sikit saja. Tapi. depa sudah rasa bangga. Walaupun bongok tapi aku ada makwe cun! Itu macam sudah jadi motto. ..... Sebab apakah? Maka- cikgu-cikgu semua pakat buat kesimpulan. Budak perempuan pandai-pandai dan cantik-cantik mana berani orang laki-laki pandai-pandai dari kelas depan mengayat. Takut kena reject. Jadi tak berani cuba jual minyak. Jadi. Budak laki-laki kelas belakang bukan ada kerja apa. Malah kemahiran mengayat sangat pandai. Dan kadar ego tak tinggi sangat macam budak laki-laki kelas depan. Kalo kena reject pun depa muka tebal. Untung sabut timbul. Untung batu tenggelam. Kena gaya mengayat. Dia dapat. Kadar reti mengayat itu sampai boleh budak perempuan kelas depan ini rasa syok dan boleh jatuh hati. .... Kadang-kadang. Budak perempuan cantik dan pandai. Orang laki-laki tak berani nak dekat dan mengayat juga. jadi. Pada dia. Bila ada sorang saja laki-laki boleh mengayat dia. Hati dia sudah syok dah. Langsung diterimanya sebagai boyfren. Sebab dah lama tengok akwan-kawan lain dok ada boyfren. Maka dia pun nak jugak. Baru gerek. Ye dak? Lalu. Mai lah laki-laki ngok dan buruk cemana pun. i sambar u! Janji i pun ada bopren. Macam itu lah. dari sudut psikologi. ..... Bila saya tengok budak-budak saya bercinta. Hati berbulu-bulu tengok depa Kadar sosial sekarang tidak boleh dijangka. Depa boleh dedah dana dan sini. Tengok dekat facebook sudah lah. kecik-kecik lagi. tapi sudah boleh ambil gambar seksi-seksi. Camwhore sana sini. Tunjuk nenen walaupun tak ada nenen besar. Yalah. Budak lagi ye dak? tapi. kadar nak jadi liar itu ada. [minta mahap cakap lucah sikit] Gambar boleh pergi tunjuk duduk bercium dengan pakwe pulak. Merokok bagai. Dan. Ofkos nak tunjuk cantik kat facebook. Rambut mau gerbang-gerbang. Belum cerita pasal tindik. ..... Bila depa dok sakan bercinta. Lalai dalam pelajaran adalah memang akan berlaku. Sebab apa? Sebab depa salah guna perasaan. Patut sama-sama belajar dan berlawan sapa dapat result cantik. Tapi depa dok main perasaan syok lalai bercinta bersayang-sayang dan by by, papa dan mama. Tobat Lillah haku geli dengar budak-budak sekolah panggil macam ni. Kembang tekak. Bila asyik bercinta. Pelajaran memang akan down banyak. Ralit sangat dok mesej dan chatting di facebook. Kemudian. Masa nak tidur berangan. balik sekolah dating dulu. Kemudian. Masa itu kaki macam tak pijak tanah. Dapat jumpa makwe atau pakwe, rasa perut jadi kenyang. Tak baca buku pun tak pa rasa dah boleh menikah. Dan seronok berbunga-bunga boleh keluar dating. Budak-budak baru nak besar. Macam itu lah. dan TAK SEDAR JUGAK-JUGAK. SPM DUA TIGA HARI SAJA. ...... Saya sampai jadi takut nak ada anak. Kalau anak saya perempuan nanti. Mampus saya nak jaga dan bagi pengajaran. Harap-harap dia tidak terpengaruh banyak dan dengar kata. Nak menggatal pun belum kena umur. Sampai masa jangan risau. Saya akan bagi kawen. Dan kalau ia laki-laki. Pun payah juga. Kena ajar dekat dengan kita dan jauhkan diri dengan benda tak ada faedah banyak macam ini. Rasa rugi bila tengok pelajaran anak murid saya jatuh hanya sebab bercinta. Boleh saya cakap ini? Anda ngok juga jika membazir cinta entah pada siapa-siapa yang belum tentu menjadi milik anda. Jauh lagi masa berjalan. Dan perjalanan hidup anda sangatlah panjang.
Friday, September 23, 2011
I sambar u!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

6 comments :
kite tak boleh control sume ni cikgu tapi mmg ler taim skola cinta -cintun mcm dah habit plak..
btw,skrg baru fhm betapa ssh tugas menjdi cikgu ni..!!!
itu lah uci..
bcinta zmn sekolah mmg nostalgia..
zmn membesar...
cinta monyet..katakan..
hurm..sy sgt suka menjadi cikgu..mmg tggjwb besar..
sbb, msa terbanyak pelajar adlh disekolah, dgn cikgu dan kwn2 di sekolah..dan cikgu mcm mak bapak dah peranan la ni...
kdg2 cikgu lg tau apa ank2 depa buat drpd mak pak sendiri,..
ya lah, cikgu dok kawal disiplin di sekolah..
depa kadang2 di rumah belagak alim woo..mak pak pun xsyak apa2..
sedar2....hurm..
iyelah part tu sya x nafikan...sya dah laluinye..bile kenang2 balik..raseney thp kedegilan sya lagi teruk kot!
okeh lah cikgu iman gtg......
gunite..slmt bercuti dihujung minggu!
ape2 hal pi je kat blog uchi!
ok uci..nite..mimpi bagus2..
hai....
cikgu agk mulutnye cikgu masin..
mimpi dpt baby plak...wtf? (what the fantastic)
kawen pn x lagi...
Post a Comment