Isnin yang malas mahu mula kerja. Rasa liat nak bangun pagi-pagi. Cuti tiga hari. Liat bila mahu mula kerja. hurm. Macam itu lah kadang-kadang kita. Cuti tiga hari menghadiri jemputan dan menerima kunjungan. Buat open house dan pergi open house. Memang penat. Datang saja isnin. Tapi. nak atau tidak. Mai jugak kerja. dan pujuk hati bagus-bagus supaya suka dan ria. Selamat bekerja untuk semua. ..... Pagi-pagi mood baik. Tapi menjadi tidak baik. Ada pelajar datang tempat saya. saja-saja. Dia budak SPM saya. Datang menyapa. Sebab sudah biasa dan bergurau dengan saya dalam kelas. Dia datang pagi-pagi cakap pada saya macam ini nada bergurau: Hai makcik. Saya buat tidak endah. Dia panggil lagi. makcik. ... Saya tengok dia. Saya tanya dia. Awak panggil saya apa? Dia terkedu. Diam sat. Sebab saya langsung tidak senyum. Lalu saya jawab: Ingat saya kawan-kawan hang? Ini lah hampa. Kalau cikgu baik sikit dengan hampa. Hampa tak reti ada gap. Tak reti ada hormat. Layan macam kawan-kawan saja ha? Boleh blah. Pergi baiki rasa hormat dulu. .... Geram. Dia terdiam. Tersengeh. Dan saya memang tak layan dia. Padan muka.
Monday, September 19, 2011
Pergi baiki rasa hormat
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
haiysh.selmat dak tu x kena balun naa..
die mungkin mahu sapa dan bergurau dlm waktu yg sama tue..tapi si cikgu teda mood..
okeh slmt ceria cikgu "IMAN"...
nub..sy xla balun..sy cengey mulut ja..
uci: mmg boleh bergurau..tp, gurauan dgn guru ada batas..bukan boleh buat mcm kwn2 n panggil mcm2..
sumpah aku marah..
Post a Comment