Entri ketar dan bosan. Tak ada pasal lain. Pasal periksa. .... Hari Jumaat ini encik suami datang hantar saya ke sekolah. Kereta dia baru sedar roadtax telah mati. Maka. kena bagi nyawa dulu bari kereta boleh hidup semula. Saya tunggu dia di sekolah. lepas dia solat jumaat baru datang jemput saya. tapi taka pa. Saya pun ada kerja lagi disekolah. Pasal hari ini Jumaat. Saya seronok. esok sabtu. Dan esok lagi ahad. Cuti. Tapi. Lama-lama saya rasa tidak seronok. sebab hari ini rasa tidak sempat banyak tengok cara budak belajar sendiri. .... Terasa mahu bersama pelajar saya secara banyak. Mahu bersama-sama ulangkaji dan buat latihan. Uji dan uji. Cuba jawab dan latih diri. Terasa satu bulan yang tinggal ini tidak ada masa banyak. Terasa tidak berkeyakinan dengan pelajar saya. Adakah hampa semua sudah bersedia? .... Balik rumah. Hampa buat apa sebenarnya? Study tak? Ulangkaji banyak atau tak? Saya seolah mahu tahu. Saya menjadi risau banyak. cikgu sudah habis ajar. Adakah anda juga habis ulangkaji? ..... Haish. Saya tengok jadual periksa. Hati dup dap dup dap. Adakah pelajar saya bersedia? Saya takut. Takut sangat. .... Kalau saya yang ambil periksa. Saya tidak takut. Memang tak takut. Sebab yang menhadapnya adalah saya sendiri. Saya reti jawab bahagian saya. saya sudah besar. ..... Tapi. Yang ambil periksa. Pelajar SPM saya. anak didik yang saya kenal tahap sorang demi sorang. Terasa takut depa nak berjuang dan menghadap peperiksaan sorang-sorang. Kalau tidak ada bekal dan startegi banyak? Macamana mahu berperang? ..... Tanggungjawab cikgu sudah terlepas lama. Pengajaran berhabis lama. Kita Cuma fasilitator anda. Memberi anda kefahaman banyak. melatih anda menjadi reti. Selebih-lebihnya diri sendiri mahu atur bagaimana. .... Tapi. Nak tak nak. Kena hadap. Saya serius. Saya risau. Ini produk SPM saya yang pertama.
Friday, September 30, 2011
Risau banyak
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
tu la pasainye... nih jap lagi nak buat assessment no cisco.. mau tak ketar
wish u luck pacik..
Post a Comment