Hari khamis. Sila potong kuku pada yang berkuku panjang tu. Pesanan ini ditaja oleh Dissert labu dan kurma. HAHAHA. Sebab semalam buat dissert itu. maka. sajalah berpesan-pesan potong kuku pada hari sunat ini, khamis, Jumaat dan Isnin. Okay. kuku panjang bikin hati rimas dan nampak kotor walaupun kuku anda bersih. Tahu? Dan. Itu bukan budaya kita berkuku panjang. Dan anda bukan retissss [artis] okay? Okay. tamat pesanan suruh potong kuku] .... Okay. Apa? Kau ingat semua gaya artis boleh ikut? Bikin jahanam. Eh. Tak habis lagi beleter pasal kuku. Titik. .... Mula. Mula yang baik-baik. Pagi khamis biasalah selalu redup dan sejuk-sejuk saja di johor bahru ini. Parking saja kereta disekolah. Hujan sudah rintik-rintik menderu turun. Syok! Syok! Sebab cuaca sejuk pagi-pagi payah nak rasa di johor bahru ini. Maka. oh. Hujan. cepat doa. Dalam hati berdoa saja seperti hari-hari : semoga buka hati pelajar saya terima pelajaran dengan baik. Sebab. Doa masa hujan adalah bagus. Maka. sila buat amalan. Padahal berdoa pada bila-bila pun dituntut. Tapi. waktu Hujan ada rahmah yang tersendiri. Tahu? ..... Macam biasa. Kelas pagi saya hari ini. SOHIH dah kena lawan suara hujan. Memang SOHIH suara stok petir pagi-pagi. Kalau tidak. Kelas menjadi tidak bermaya banyak. Dan. Baru ceria serta seronok banyak masa belajar. ..... Haish~ Masa ini sudah suntuk. Lagi satu bulan ini budak SPM saya akan periksa besar. Hati saya gedebuk gedebak. Rasa cuak. Menghadap produk keluaran saya tahun ini kelak. Adakah ia baik atau tidak. Adakah pengajaran saya baik dan memberi kefahaman banyak? Saya takut tengok budak-budak sedang berlalai banyak saat akhir. Ia. Dinamakan mereka budak. Akal pendek dan tidak bersungguh banyak. Serasa study sikit sudah dirasa cukup. Ish. Kenapa saya dulu walaupun saya budak tidak seperti ini. kita study banyak dan pulun-pulun. Saat akhir kita tidaklah begini-begini. Cikgu tiada kita bersungguh ulangkaji. Terasa perlunya latihan dan sebagai bekal. ....... Ini macam tidak ada dalam pelajar sekarang. Kena dipujuk-pujuk dan diajar-ajar selalu. Saya tinggalkan anda dengan soalan ini: Bila mahu matang? ..... Amaran: terasa macam entri ini panjang! Ah. Terasa mahu jawab! Jawapan: mungkin sudah tua berjanggut baru mahu matang banyak. masa itu kerja sebagai kuli orang tengah panas tidak kira masa baru rasa mahu matang. Dan masa orang lain sedang kerja bagus-bagus kita kerja tidak bagus baru rasa boleh matang. Dan. Masa melihat orang asing Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam la apa la kaya dibumi kita sendiri baru rasa boleh jadi matang banyak. Anak didik. kita tengok bangsa lain datang kerja di negara kita boleh bawak duit kita balik secara banyak dan buat banglo di negara depa. Bawak balik duit kita sekarung. Convert duit kita ke duit dia sudah jadi jutawan dan kaya rasa depa di sana. Kita tengok depa kerja buruk-buruk tukang angkat sampah dan kerja buruh kasar sampai tak ada henti. [kita? ada hati nak kerja macam itu? tak ada langsung] Kita dalam hati rasa jijik dan rasa depa cuma menumpang cari makan. Duduk rumah tak serupa rumah. Mai sini pun secara tak sah. Kita tengok orang asing tak segak dan huduh, busuk pulak dan ada yang jahat. [adakah orang kita semuanya baik tak rompak dan bunuh orang?] Tapi. Bukan itu kita nak persoal. Kena negara dia miskin. Dan dia ada nilai untuk membawa perubahan. Dan berhijrah. Walaupun kena tipu, kena seludup, dia sampai. Bukan kita nak kira dia datang bawak jahat. Rompak orang. rogol orang. bunuh orang semuanya. Orang siapa-negara apa-dari mana-kalau hati busuk semua boleh buat benda yang sama tidak kira orang kita.orang cina atau india atau siapa di negara kita. Tapi. Yang kita nak kena perhati. Tengok yang baik-baik. SEBAB DIA RAJIN BEKERJA SEBAB DIA RELA BERBURUH KASAR SEBAB DIA RELA TENGOK BANGSA KITA KADANG MENGHINA-HINA. DIA SUDAH BERTABAH BANYAK. HATI KUAT CARI REZEKI. Maka. sajaklah dia terima rezeki banyak. Tidak hairanlah dia suatu hari nanti lagi kaya dari kita dibumi sendiri. Kerana apakah? Awak sekarang disekolah malas belajar. Jati diri awak sangatlah lemah. Awak manja. Awak tidak boleh ditegur-tegur. Awak boleh ke kerja kasar-kasar? Awak reti berdikari banyak? awak semua nak kena diajar-ajar. Awak terlalu bergantung. Rasa beruntung banyak. Awak bukan ada hati yang tabah. Awak lemau. Duduk di bumi kita yang macam ini bagus. Dan tidak reti mengambil peluang baik. Masa depan nanti. Bila tengok betapa payahnya nanti cari satu kerja pun. dan awak sohih memilih-milih kerja. Masa itu mungkin awak matang.
Thursday, September 29, 2011
Bila mahu matang?
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
ntah le... pada setengah org... matang itu untuk orang tua sahaja.....
ntah le... itu le atitude depa....
itu lah remaja skrg..huhu..
Post a Comment