Berketungging. Selamat pagi. Jerawat dua bijik bagi penangan banyak. Sakit. kalau kena picit pun sakit. Kalau tidak picit pun sakit. Kalau tidak picit jadi besar penumbuk pulak. Maka. tangan rasa gatal nak kena picit jugak sikit. Supaya kecut sikit. Bongok. Cerita pasal jerawat. Ish. Melihat jerawat berketungging dua biji di muka. Memang lah adegan yang memang tidak ingin dilihat. Rasa sakit. Tidak puas hati. Rasa nak suruh dia pergi tumbuh di gajah atau badak atau binatang apakah yang lain. Jangan dekat dengan manusia. ..... Asyik lupa. Memang juga satu adegan yang memang tidak ingin. Malah tak mahu lagi. Bila lupa secara banyak kali terasa kesal ya Rabbi. Masa ingat tak mahu buat. Kata nak bawak pulut hitam dari Kedah ke sekolah. Pesanan dari kakak kerani sekolah masa saya balik kampung beraya. Sudah dua hari lupa. Kalut pagi pi mai pi mai. Tak bawak jugak. Sudah segan masuk pejabat kata nak bagi pulut hitam kepada kakak kerani berdua itu. Memang macam itu. sudah macam memang wajib kena lupa bila kalut. Asam jawa fresh tanpa biji saya mahu kasi pada puan ibu mertua juga saya lupa. Pada hal petang semalam saya ke rumah puan ibu mertua menghantar apam balik yang saya bikin saja-saja untuk dia buat kudap minum petang. ...... Lupa saja. Lepas itu encik suami lupa juga. Ikan pekasam pesanan rakan sekerja tidak terbawak juga. Turun saja dari lif tingkat empat belas. Mata saya dan dia sama-sama pandang. Otak sama-sama fikir sedang lupa sesuatu. Siapa pun sudah tidak sempat dan mahu naik semula atas rumah ambik bahan yang di lupa lupa sungguh itu. Naik semula ke atas rumah dalam masa yang tak sempat sempat memang lah adegan yang memang tidak ingin dibuat. Ye dak? Cuma boleh lawan cakap: "hu. lupa lagi" Jadi sebagai pengajaran. Masa dok ingat t uterus pergi buat. Jangan tangguh. Hurmmm. ..... Puasa enam. Saya puasa sorang. Encik suami tidak sehat secara banyak. saya pulak susah hati secara banyak tengok dia. Sampai saja sekolah. Hari-hari menalipon dia di pejabat tanya sakit sudah macamana. Cuma boleh cakap ini pada dia; "saya doa awak cepat sembuh". Dia cakap "terima kaseh". Melihat orang yang paling dekat dengan kita sakit adalah satu adegan yang memang tidak ingin dilihat. Terasa tidak seronok secara banyak dan mahu buat macam biasa tapi tidak boleh. Haish~ semoga Tuhan menyehatkan anda seperti biasa. Menjalani hidup gembira-gembira. Dan. Menjauhkan penyakit daripada anda jauh-jauh. Dan kita boleh pergi beraya rumah adek beradek pakcik dan makcik anda yang lain mengikat ukhwah. Balik keraya dari kedah. Tidak lagi boleh beraya di ruma adek beradek encik suami disini. Beliau tidak sehat. Dan. Adegan yang memang saya mahu lihat: encik suami. Lihat anda sembuh sehat seperti biasa. Dan gembira boleh senyum manis-manis dan ketawa kuat. Menyanyi lagu yang anda buat lirik sendiri walaupun tak sedap dan main hentam saja-saya sentiasa dengar. Mengusik saya macam-macam. Menonton cerita korea Kim Tak Gu kegemaran kita. Dan sama-sama makan masakan saya dengan berselera. Tanpa pegang telinga kanan yang sakit dan makan ubat secara banyak. Ha. Macam itu lah.
Wednesday, September 7, 2011
Adegan yang tidak ingin
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
tak sihat tu adalah nikmat.... org yg tak sihat tu.. kene le berehat... tu kan nikmat... kalu sihat... sure tak berehat nye.....
pokcik..tp..kerja ttp kena kerja...sob sob..
Post a Comment