Hari ini rabu. Saya ingat hari khamis dah. Pagi-pagi bila nak iron baju. Saya ingat encik suami keluarkan baju batik. Rupanya tidak. Dan ia bukan hari khamis. Masih rabu. Ah. Ada kecewa sikit sebab hati ingat hari khamis dah. HaHa. Rasa nak cepat hari. ..... Tadi. Saya mengajar macam biasa. Entah macamana topic. Masuk pasal nama. Saya tanya pelajar saya. Nama sekarang kalau beri pada anak semua nak yang glamour-glamor. Atau nama macam gabungan. Atau entah. Yang tidak ada erti banyak. Lagi pasal nama. Saya tanya. Apakah nama yang betul nama melayu? Sebab nama kita sekarang banyak dipengaruhi unsur arab dan islam. Pelajar saya jawab: "awang" Okay. lagi? Depa diam. Mungkin tak ada idea banyak. Saya cakap: Nama melayu memang unsur melayu tak menahan. Sebab sebelum pengaruh hindu dan Buddha masuk ke tanah Melayu. Kita agama animisme. Jadi nama anak semua bubuh unsur alam sekitar. Kuntum. Chik tom [ni nama tok chik aku]. Nama bunga pun ada. Melur. Kenanga. Lepas itu ada yang suka nama anak suka hati. Kalau dia tengok anak dia masa lahir putih. Okay. Puteh lah nama dia. Kalau tengok anak hitam. Maka siaplah nama anak dia adalah Hitam. Dan tengok keadaan. Kalau anak dia lembut. Maka anak dia dinamakan Lembut. [masa sekolah ada kawan kakak ke empat saya ayah dia nama Lembut] dan kelas sebelah ayah kawan kakak saya itu ada nama Kasar. Maka? kalau anak dia kemetot? Atau katik. Maka. ketot lah namanya itu. Rupawan. Ya. Nama Rupawan pun ada. [mungkin dia begitu rupawan dan cantik? HiHi] HAHA. ..... Lepas itu. kata saya. bila pengaruh hindu dan budha masuk ke tanah melayu. Orang Melayu agama pun sudah jadi agama Hindu dan Buddha. Nama anak pun jadi bertukar ikut stail hindu. Arjuna. Sita. Dewi. Karma Maharani. Seri Suri. Bukan suriram okay. Chombi. Kasma Kasma Boothi mungkin? HiHi ..... Bila Islam mempengaruhi tanah melayu. Dan orang melayu peluk Islam. Nama anak pun bertukar. Jadi pengaruh Islam. Sudah ada masuk cirri arab. Nama anak mungkin begini. Macam sekarang. Ismail. Tapi sebab kadang polis yang ambik report kelahiran tak reti eja. Mungkin jadi Semail saja. Khadijah. Jadi Lijah. Dia eja yang ujung-ujung. Maklum lah polis dulu pun bukan reti eja. Kalau mengaji sampai darjah tiga. tapi itulah kelulusan dulu-dulu. Ye dak? Leman. Di ejanya jadi Lebam. Jahanam nama orang. Aisya. Jadi esah. Dan. Orang Melayu dulu-dulu pun suka sebut ringkas-ringkas. Nama sedap. Maimunah. Di panggilnya Munah. Terus jadi huduh. Kalsum jadi Sum. Gayah. Asal Rogayah. Fatimah. Jadi Timah. Jamilah. Melah. Kassim. Qosin. Hai. Macam itu lah. ....... Dan kita dulu-dulu. Suka juga letak nama anak ikut hari. Ada nama anak Sabtu. Ahad. Khamis. Jumaat. Profesor saya masa di university ada nama Isnin. Dan ada nama Sabtu. Maka. kalau nak cepat Isnin. pergi lah jumpa Prof Isnin. HAHAHA. Cuma nama selasa jarang jumpa. Rabu. Mungkin sudah jadi Rabi'ah. Dam masa ini. Sudah reti letak nama anak dengan permulaan nama Muhamamad. Atau Nur. Atau Nurul. ..... Bila lagi zaman la ni. Kita sudah moden. Tapi nama anak pun nak dimodenkan. Bubuh nama macam taik. Cahaya. Cinta. Qaseh. Semua pengaruh Indonesia mai. Cinta Bunga Lestari. HUHU. Minta mahap. Ada yang letak nama anak. Kaseh Cinta Kita. [saja saya reka. Sebab trend Indonesia suka bina ayat pada nama anak] HAHA. Lepas itu. suka letak nama anak macam ada unsur inggeris. Karl Zafran. Ross Marry. Rosselin. Ah. Tensyen. Honey Fazline Lihat orang Melayu hilang arah dan jati diri nak bubuh nama anak. ... Hai. Pada saya bubuh lah nama yang ringkas dan ada maksud yang baik. Sebab nama akan jadi panggilan hari-hari dan menjadi doa pula. Ye dak? Atau. Orang Melayu sekarang suka juga bubuh nama anak panjang berjela. Tak ada keturunan puteri pun langsungnya di bubuh nama anak. Puteri blab la bla. Haish~ Pada saya. Ringkas. Dan padat. Lebih sedap. Satu nama yang memberi erti besar. Abdul Wafiy.titik. Rayyan.titik. Al Hadi. Titik. Bukan kah ia memberi erti sedap baik dan bagus? Ringkas. Dan nama panjang yang sedap. Biarlah yang memberi erti bagus.
Wednesday, September 14, 2011
Biar yang bererti bagus
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
btl tu.. kdg² nyusahkan anak nak tulis borang..... letih nak tulis nama pjg2...
dan nama tak semenggah pun ada...puteri bayu seri..
oh..lebih baik seri seram kak engku dalam sinar FM..
kan bagus rujuk buku nama2 pilihan islam kan
@pacidot sllu citer yg positf je ttg cik iman itu je..--->dotblogspotdotkom
@@lah x sangke cikgu iman org jb..kite senegerilah..slm kenalan didunia bloging..
tq uci...pokcik dot pun apa kurangnya..seronok membaca blog beliau.huhu..
sy org kedah..berkahwin dgn org johor bahru..jd, bermastautin lah saya di negeri encik suami..hu..
Post a Comment