Selamat ber ahad! Esok sudah ber senin. Maka berkeroje. Ah. Jangan cakap pasal kerja. Ia boleh mati kan mood sedang berehat di hari minggu. Dan boleh bawak hati pergi pikir pasal kerja dan kerja. Maka. titik cepat-cepat. Teettt! ...... Ber ahad dimanakah anda pembaca diam saya? Saya ber ahad di rumah puan ibu mertua. mengukuh ukhwah emak dan anak. Ia bagus untuk makna kaseh sayang semua. Okay. ..... Saya sedang mencari rumah yang mahu ditinggal diam disitu sampai saya tua nanti. Ah. Payah mahu mencari rumah di Johor Bahru ini. Dekat-dekat rumah puan ibu mertua agar boleh melawat selalu. Dan dekat-dekat dengan sekolah saya dan dekat-dekat dengan tempat kerja encik suami. Harga mencecah juta pula. ...... Jadi. Haruslah ukur baju di badan sendiri. Mahu rumah sendiri yang selesa dan boleh jadi gembira macam rumah sekarang. Tapi. saya mahu ia atas tanah. Agar saya boleh bercucuk tanam juga sikit-sikit. Tidak lah saya mahu kondominium seperti sekarang. Kondominium ini rumah yang saya diami yang gembira. Tapi. berkongsi lantai yang menjadi bumbung rumah orang bawah. Dan bumbung saya menjadi kongsi lantai pula bagi rumah diatas. Ia tinggi. Saya tidak berapa gemar. Walaupun gembira disitu, tapi tiada laman. Saya mahukan yang ada laman. Tahu apa maksud laman? Rujuk erti di kamus dewan edisi ke 3. Ia bagus. dan. saya mahu rumah itu atas tanah. Tidak berkongsi lantai atau bumbung. Bersambung dinding kot tepi tak apa. Jangan bersambung keatas. ...... Oleh sebab encik suami berkerajaan negeri, saya berkerajaan persekutuan. Maka. ikut kan undang-undang yang Malaysia buat. Puan isteri kena ikut kerja di mana encik suami sedang kerja. Maka jatuh hukumnya saya akan berpencen disini saja. Walaupun saya rasa negeri saya di utara sana nilai hartanah bukan macam disini. Encik suami tak pindah dah dia kemana-mana. Kerajaan Negeri Johor sudah terpacak kat sini. Maka. saya juga akan turut terpacak di sekolah sini. Ikut dia. Kalau pun saya mahu melanjutkan pelajaran yang lebih-lebih tinggi pun lepas ini. Dan mahu bertukar mengajar di mana-mana tempat orang besar dan dewasa mengaji pun haruslah di daerah Johor ini juga. Macam itu lah. pasrah. ..... Rumah yang saya mahu harus ada jiwa gembira kat situ. Tak mahu lah bila tengok macam seronok tapi suram di dalam. Sedang survey. Tahun depan mahu dia. Harap. Tuhan mempermudahkan saya. amin.
Sunday, October 2, 2011
Saya mahu yang ada laman
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

2 comments :
tu la.. kalu tgk budk2 muda skrg nih.. sibuk dgn kete..... sibuk dengan hiburan... langsung tak pikio akan dtg... mentara herge rmh masuk akal nih.. tak mo dibelinye... tak kan turun herge rumah tu....
hu..pokcik...mcm tu lah..
mmg harga melantun2...
Post a Comment