hey! iman menulis sesuatu hari ini..
Mood tidak cantik. Orang tak mahu berjalan jalan. Dia ajak orang keluar berjalan jugak. Bosan saya oh. Hari hujan nak pi mana? hujan macam kena duduk di rumah saja. basah.
Tak apalah. Keluar juga. Saya yang tak mau kena jadi mau. alih alih bawa saya balik rumah mak dia.
.....
Selamat berdepavali. Lihat orang india beraya terasa boleh gembira juga. Macamana kita seronok beraya macam itu lah bangsa lain seronok jugak. Ye dak?
Tengok budak budak berhias cantik tadi. Masa saya turun bawah basuh kereta. Terserempak dengan satu budak india. Dia comel. Saya ucap dia happy deepavali. Dia ucap saya 'babai' dan saya tanya dia. Nak pergi beraya mana? Ayah dia jawab 'nak raya ke rumah mak'.
Tengok depa. Boleh rasa. Hati sedang gembira beraya.
.......
Hujan. Johor bahru hujan petang pagi tengahari dan malam. Suasana sejuk.
Petang semalam siap pakej. Petir kuat berdentum dentum. Saya sudah jadi tikus. Dok diam diam tepi sofa. Encik suami maseh kerja. Oleh sebab saya cuti banyak maka dok lah rumah sorang sorang.
Bila kilat dan petir berapi api. Habes semua suis saya cabut. Tutup tingkap dan turunkan semua tirai. Tak mau bagi cahaya petir masuk. Saya penakut.
Sebab duduk di kondominium tingkat empat belas. Maka saya lebih rasa kilat dan petir macam dok atas kepala saja.
Itu bikin ngeri.
Habis habis takut. Lari masuk selimut dalam comforter. Duduk diam atas sofa.
Dengan harapan. Berhentilah angin kuat dan berhentilah petir. Huhuh.

0 comments :
Post a Comment