Salam khamis. Hati pecah rasa nak marah tak keluar. Cuma boleh keluar disini. Tentang orang tak ada adab masa. Ia pasal malam yang sudah malam. Baiklah mari haku menulis sikit disini. sesuatu tentang adab masa. ..... Awak kalau ada urusan kerja atau apakah. Nak menalipon orang apa lagi encik suami orang. Awak tengok jam dulu pukul berapa. Jangan sampai ketengah malam pun engkau tidak rasa bersalah menganggu orang tidur. Tahu? Jam sebelas setengah malam awak menalipon talipon orang tak bagi tahu pun siapa. Tapi. saya rasa orang itu tidak reti adab masa. Ish. Saya rasa dia sudah tua tapi maseh tidak reti adab baik. .... Saya sudah tidur. Jam sebelas setengah sudah lama terlelap. Encik suami sudah tidur lagi awal. Jam Sembilan sudah tamat riwayat mata. Maka. sunyi. Bila bunyi talipon dari talipon encik suami jam sebelas setengah. Saya yang mudah terjaga ini terus angkat. Suara bunyi perempuan. Tengok nama sohih hal kerja. Dia senior. Sebab ada perkataan "kak" disitu. Malas nak sebut nama. ...... Bunyi talipon menyentap tidur saya secara banyak. Orang tak ada adab masa itu bagi salam dan tanya encik suami saya ada atau tidak. Saya tidak cakap banyak. mood mengantuk dan rasa macam mahu menjerkah saja. "dia tido". Titik. ..... Mari cakap pasal adab masa. awak sohih tak ada rumah tangga mahu di jaga. Sebab itu menalipon encik suami orang tak kira masa. Pasal meeting atau pasal keroje apa saja kah. Engkau tengok jam dulu baru talipon. .... Pada saya, waktu keroje dan waktu rehat ada nilai sendiri. Awak tengok dulu waktu. Awak tengok dulu orang mahu tidur atau orang mahu rehat atau apa saja. Baru awak talipon bila kena dengan masa. TENGOK JAM! Sudah lewat atau maseh awal mencari encik suami orang. Orang berkeluarga mahu rehat atau tidur kah atau apakah. Mahu saja saya cakap dia bongok. Tapi terasa tidak baik pula. ..... Terasa geram semalam belum habes. Sudah dua kali dia macam ini. Suara kasar dia buat saya rasa menyampah secara banyak dengan orang kerja sama di tempat encik suami ini. Saya yang mudah terjaga tidur ini yang terkejut menyambut talipon dia. Kerja ada masa. Rehat pun ada masa. Jangan kacau privacy orang lewat malam mahu apa? Tahu? .... Sudahnya. Tak boleh tidur cepat. Sebab sudah terkejut jaga. Bangun pagi mood macam terpaksa-paksa gembira. Tidak tidur lena.
Thursday, October 6, 2011
TENGOK JAM!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

3 comments :
emm sabar iya cikgu iman mebe urgent kot!
mls nak layan kalo bab kerja encik suami...xterlayan asyik org pjbt mencari beliau..sgt memerlukan gamaknya...
tp, cukup2 lah..beliau pun nak rehat jugak..
btw if nk masuk tidur jgn lupe cikgu offkn hp incik suami..hihihi..
*bernas betul idea ni..amboi*
Post a Comment