...sekolah kehidupan..

Monday, October 24, 2011

cuti

hey! iman menulis sesuatu hari ini.

Good morning teacher! Hahah.
Tidak payah ber good morning teacher lah sangat. Dan tidak lah payah baca dengan nada ucap ini macam suasana di sekolah. Sebab cikgu sedang bercuti deepavali. Satu minggu okay. Auwww. Syok. Syok.
[sambil tarik selimut gaya macam nak tidur satu round lagi] hahahahah.
Sudah isnin. Ish. Baki cuti lagi enam hari.
.....
Sekali sekala bila kerja banyak dan tekanan mula timbul. Tiba tiba ada cuti. Memang bahagia tak menahan. Hoho.
Anda buat apa tu? Apa? Kerja? Oh. Selamat bekerja. Bekerja dengan semangat ya!
Saja lah bako hati dan perasaan yang tidak cikgi cikgi di sana.
Haha.
......
Cuti.
Makan banyak sungguh. Tidak kira jam. Jam tujuh. Sudah makan malam. Jam sembilan terasa nak makan tomyam. Pergi masak tomyam pulak. Jam dua belas. Nak milo ais pekat kaw kaw. Nah. Satu gelas besar. Sekejap saja boleh di buat.
Dan.
Tidur dengan senang hati.
Kan cuti. Ye dak?
.....
Cuti.
Bangun pagi. Solat subuh.
Dan sungguh syurga. Dok berselimut tanda sejuk.
Tengok tv. Tengok itu. Tengok ini. Selamat pagi malaysia.
Tak payah mandi dulu. Tak payah iron baju. Tak payah bersiap sedia gaya cikgu.
Dan. Tak payah hadap jalan raya sesak.
Oh. Nikmat..

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

cuti.... yahuuuuu...huhuhuhuhu

tapi kami keje.....

makan banyak?.. emmtu tanda² awal ada seseorang didalam kamu...huhuhuhu

pensil iman said...

satu: pokcik, slmt brdeepavali..
Dua: kalau lah btul tekaan pakcik ada seseorg dlm sy, sgt alhmdulillah..tp,rasa mcm x..huhu..sbb cuti,mmg xda wt apa kcuali mkn mkn mkn..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?