...sekolah kehidupan..

Tuesday, October 18, 2011

Haruslah kita ubah


Ber selasa dengan mata yang sembap banyak. hai. Anda apa kabar? Dan selamat pagi.

Mari saya tulis seuatu yang gembira dulu. Lagi tiga hari mahu sekolah. Cik Rabu. Pakcik Khamis. Dan Makcik Jumaat.

Lepas itu. cuti satu minggu sempena Deepavali untuk semua warga Arumugam dan Letchumi di Malaysia ini. untungnya sekolah saya ini satu Malaysia. Maka. cuti raya cina kah. cuti raya puasa kah. cuti raya hindu kah. ia sama rata.

Maka. selamat bercuti siap-siap.

...

Dan. Naik lepas itu. terus masuk Bulan November. SPM saya lagi 14 hari terketar-ketar. Ish. Tak mau cakap pasal SPM. Bikin hati saya cuak. Dan di harapnya pelajar saya ingat apa yang saya latih dan ajar.

Teeeetttt! Berhenti.

...

Mahu saya menulis sesuatu. Tentang erti sabar dan bertabah.

Tidak apalah bersusah sekejap. Bukan bersusah lama-selamanya. Tuhan sentiasa dengari anda. Dan Dia sudah sedia maklum beban yang tergalas ini pastinya boleh saja di hadap oleh kita-kita.

Kalau tidak mampu, pasti Tuhan tak uji itu dan ini. Apa yang dia uiji ini sohih setimpal dengan kita.

....

Apa yang kita rasa berat ini, kecik dan ringan saja pada Tuhan. DIA memandang kesusahan kita macam sebiji zarah. Tapi pada kita sebeban gunung.

Maka. Cuma dalam hati kita. minta saja lah Tuhan mempermudahkan urusan. Mempermudahkan urusan. Mempermudahkan urusan.

Dan membuka jalan. Memberi petunjuk dan melebarkan rezeki.

....

Hai.

Menangis lah anda semahunya. Jika itu adalah penyesalan dan tidak lah mahu ulang.

Atas segala kesilapan dan penderhakaan. Mungkin ada salahnya kita dalam kehidupan seharian. Tentang jalan diambil atau mengingkari Tuhan. Lalai dan melewatkan solat.

Maka. dalam rezeki berlaku tirisan. Seakan cukup tetapi tidak menjadi cukup.

Sebab kita pun tidak lah sangat memberi perhatian pada Tuhan.

Maka tuhan pun tidak lah memberi perhatian pada kita secara sangat.

....

Haruslah kita ubah. Menjadi lebih baik.

supaya perhatian Tuhan pada kita sentiasa ada dan didengari pula. amin.


2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

moga ALLAH memberi kemudahan kepada kita dalam segala hal.....

pensil iman said...

amin..harap2 d pmudahkan..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?