...sekolah kehidupan..

Tuesday, October 11, 2011

Kita minta

Redup lagi. kalau boleh memberi definisi secara melompat. Maka. saya akan melompat secara tinggi-tinggi untuk menyatakan rasa seronok cuaca macam ini. Yipppi!

Apa kabar selasa anda? Selamat bekerja pembaca diam dan ramah saya. semoga semua kerja dengan riang. Selamat mencapai objektif kerja anda hari ini.

....

Mari berdoa sekejap. Semoga Tuhan yang sentiasa mendengar akan mendengar lagi doa kita yang sentiasa meminta-minta.

Itu lah peranan hamba Tuhan. Sentiasa meminta ye dak?

......

Tuhan,

Kita meminta supaya hati tabah-tabah selalu

Menghadap hari mendatang dengan cabaran banyak.

Kita meminta hati yang cekal-cekal selalu

Dan memberi kemudahan atas setiap kesulitan banyak


 

Tuhan

Kita meminta diberi kesihatan baik

Untuk hidup yang baik-baik juga

Kita meminta kesihatan baik

Untuk semua encik suami, puan ibu dan encik ayah dan Puan ibu mertua juga

Dan meminta hubungan baik ada kaseh sayang secara banyak


 

Tuhan

Kita meminta hati tenang tidak gundah

Kita berasa, hati gundah seperti ANDA memberi rasa tanda kita leka

Maka, kembali kita mahu meminta

Beri hati tenang untuk kita dan semuanya


 

Tuhan

Kita meminta rezeki banyak dan halal

Kita harap rezeki semuanya atas ANDA

Untuk kita lambat atau cepat secara banyak atau sedikit


 

Kita meminta supaya berkati lah kita

Agar kita tidak lari dari landasan ANDA

Sebab kita berasa kita berlalai banyak

Maka.


 

Kita meminta Tuhan menarik kita

Kembali dengan jalanNYA

Detik lah hati kecil kita selalu selalu

Bila setiap kali lalai dan dosa

Kita beristighfar dan meninggal noda


 

Terima Kasih. Amin.

2 comments :

Unknown said...

cikgu iman,sejuk hati sya bce entry ni..tingat kata2 prof quraish shihab..

"selalulah berdoa kerna dia tahu kemashlatan kita dan juga kerna dia tahu detak detik jantung & dan paling penting kerna die lebih dekat dgn kita"....

pensil iman said...

btul tu uchi..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?