Tidak payah bersungguh baca. Ia panjang. Dan Cuma keluahan seorang yang sedang bercuti seminggu sempena deepavali. .... Kat luar redup sangat. Kelam. Hujan mula nak lebat. Dalam rumah pulak makin gelap. Saya tak pasang lampu. Dok melahu depan tv dan sambil layan internet. Tiba-tiba iklan di tv tiga adalah tentang cerita hantu. Dem! Suasana kelam di luar dan makin gelap dalam rumah macam suasana nak maghrib di sertakan pulak muzik seram hantu. Memang benci tak menahan. Perasaan macam meluat sangat. Saya buka lampu. Dan alih kan siaran ke cerita cina yang tak tahu apa dia cakap. Tv 3 memang hantu. Tak suka dia secara banyak. terlalu banyak unsure hantu tohyol memang tak senonoh dalam hidup. Buat kita percaya pada benda karut dan khurafat. Dan. Walaupun hantu dia tak takut dan entah apa-apa. Muzik dia boleh hati jadi kecik. Khas untuk orang penakut. ..... Lepas itu. tengok cerita Indonesia. Ini pun satu. Tidak dapat menarik perhatian secara banyak. cerita Indonesia tak ada jalan cerita lain. Asyik-asyik tukar anak masa lahir. Dan kejahatan seseorang terhadap seseorang sangat kejam juga. Sekejap jadi anak orang itu. sekejap jadi anak orang ini. Orang ini sakit hati. Tukar anak masa lahir. Atau. Ayah dia ada skandal. Dapat anak dengan perempuan lain. Terpisah. Lepas dua puluh tahun ka berapa puluh tahun ka, anak itu Datang kerja di syarikat bapak dia. Ah. Bosan! Lepas itu. Cerita semua pasal keluarga bertukar-tukar dan bersimpang siur. Sama saja lah hai. Bercinta adik beradik lah. sebab tak pernah jumpa lah. lepas itu rupanya bukan adik kandung lah. Tak menahan. Keluarga mau complicated saja. Dan semua cerita sama saja. Hurm. Bosan! ..... Lebih syok tengok rencana. National geografi kah atau apakah. Dah sah-sah cerita rimau. Gajah. Rusa. Ular. Semua tak kacau salasilah keluarga ye dak? History kah. bukan kah lebih seronok? Sebab semalam yang dulu petir kuat tak menahan. Tak tau di panahnya dimana. Siaran dari negara singapura semua tak dapat. Hurm. Siaran tv cerita inggeris dia seronok juga. Dan. Cerita melayu singapura memang tak syok langsung. Perempuan ata laki-laki yang jadi pelakon dia semuanya huduh. Haku sorang ja ka yang perasan? Jadi masa berkunjung rumah puan ibu mertua. dia pun cakap juga. enciki suami pun cakap juga. abang ipar cakap juga. Memang huduh. HAHHA. Mungkin tak banyak stok pelakon di sana. Cina pun sama. Melayu pun sama. Apa-apalah hai. ..... Kedengaran macam sedang bosan. Iyo lah. Cuti banyak dan menonton tv pun secara banyak jugak lah. maklumlah encik suami keroje. Tak boleh saya balik kampung.
Thursday, October 27, 2011
Tv.hujan.hantu.bosan.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
iman dan ulam..begitu dasyat kah?

4 comments :
haha..seronok baca ngomelan cikgu di sini..ya!! cerita kat tv sekarang ntah hape2..sy sendiri jarang layan tv... kat rumah pun xde ASTRO..sy suka juga rancangan National Geogrpahic..biase layan kat TV1
ntah le.... cite kita kurang EDUCATION... bukan la nak cite sainstis @ engineering... tapi memadai lah cite yang boleh educate penonton dengan cara yang logik.....
dari kecik sampai le tua bangka nih.. cite hantu tak ilang di dunia melayu....
cite orang melayu kaya raya pun tak pernah padam dalam mana² drama...
hakikatnye org melayu tidak le segah begitu..
ntah le.. nama pun lakonan... huhuhu
pocik:
sebab orang melayu tidak boleh lari dr unsur hantu tohyol khurafat adlh krn kita dahulunya menerima pengaruh hindu dan buddha..
amalan menjampi mentera, karut dan marut masih bersisa dlm masyarakat..
dan kepercayaan ini masih ada, dan di ketengah kan pula oleh tv..
menjadi darah daging org melayu..dan sy sungguh tak suka secara banyak..
meluat oh!
yuyun: selamat bernational geography! i loike too..
Post a Comment