...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 1, 2011

Ngok!

Selamat bekerja!

[sambil sangkut sari masuk dalam almari tanda cuti deepavali yang satu minggu itu sudah berakhir] HAHA.

Hai. Semoga isnin ini semuanya bagus-bagus dan mencapai objektif kerja. Saya mula bertugas semalam. Dengan senarai kerja yang menunggu tidak menahan. Biasalah. Adat bekerja.

.....

Tiba-tiba. Teringin saya mau sambung belajar semula. Mencapai satu tahap lagi dalam hidup. Tapi. serasa macam kena cari masa yang kena dan sesuai pula.

Kekangan masa. Wang ringgit. Tenaga dan semua harus di atur molek-molek. Hurm. Bilakah masa?

......

Malam semalam. Saya tengok berita. Ada satu hal menarik hati saya. Tentang remaja melayu yang kalau di katakan bodoh ia marah. Mat Rempit merusuh dan berdemontrasi minta satu kawasan litar.

Nak minta litar atau apakah? Budaya merusuh dan berdemontrasi haram itu bukan budaya kita. itu budaya liar pergi tengok Mesir, Libya, Syria semua dok merusuh mintakan pemimpin korup turun takhta sampai boleh bawak ke perang.

Bila tengok berita. Saya mungkin akan naik darah tinggi. Boleh beleter sepanjang tengok berita. Engkau mat rempit. Engkau nak apakah. Guna saluran yang betul.

Tulis permohonan dan ikut prosedur sopan. Bukan engkau bawak motor rempit engkau berhimpun di jalan. Buat sesak. Dan susahkan orang lain.

Itu lah manusia. Kalau di katakana tolol. Dia marah.

Itu lah orang melayu semuanya. Sebab saya juga melayu. Maka. Tidak lah boleh saya terima dengan mudah. Ada juga manusia bodoh yang ikut budaya tak bagus dalam meminta sesuatu.

.....

Mungkin yang suka merempit itu belasan tahun terutamanya. Lepasan sekolah yang yang tak ada kerja dan berotak udang juga. tidak berpelajaran bagus dan Cuma boleh api-apikan keadaan.

Pada saya. tidak kira siapakah. Guna saluran yang betul. Dan tidak lah payah berbudaya red Indian di tengah jalan.

Hoh! Memang saya marah.

Marah kan sikap suka memberontak satu hal.

Marah sebab depa mat rempit satu hal.

Marah sebab susahkan orang secara banyak empat hal.

Marah sebab depa orang melayu lima enam hal. Cubalah remaja melayu ni bangkit dan tengok bangsa lain macamana?

Bangun belajar jadi pemimpin bagus. Dan merebut peluang menjadi terbaik. sebab awak-awak ini lah stok melayu untuk di hadapan nanti.

berhenti buat bena tak guna merosak imej dan menyukarkan keadaan.

[depa memang bodoh kah?] haku memang sakit hati tengok orang merusuh tak tentu hala. berhimpun sesakkan keadaan.

Ada cina dan india dok merosak diri dengan merempit?

Seburuk-buruk remaja cina. Dia jual vcd haram dan buat hal jahat dia. Dan tak ada masa nak merempit kot jalan. Mati katak. Saja-saja. Tak ada hala tuju.

Ngok!


p/s: baguslah nak satu litar untuk aktiviti berlumba. Tapi. biarlah kena cara. Ye dak?


4 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

depa ingat masuk litar boleh berlumba dengan pakai seluar pendek aje?...

nak berlumba pun ke ikut undang2.. cara pakaian.. jenis moto.... ada lesen lumba... bukan hentam kromo je....

sedangkan depa tu org yg reti dan tak mau ikut undang2...

litar sepang dah terbentag luas.. tp mereka tak mampu juga kesana.. sebab duit... takat ada duit utk isi minyak merempit je.. lupa kan lah....

ntah le... gamaknye itu je depa boleh buat kot... merusuh... merempit sebab fikiran mereka sempit....

pensil iman said...

betul tu pokcik..hurm..

Unknown said...

OOO yg kat penang ni..oh ho motifnya diorg ni dipolitikuskan oleh org2 yg ngoklah cikgu....setuju dgn cikgu!

pensil iman said...

ya..jd mainan politik sja..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?