...sekolah kehidupan..

Saturday, November 26, 2011

Ish. Ish. Ish. Kenapa?

Selamat malam dan salam maal hijrah

Selamat Tahun baru. Semoga ada hijrah yang bagus dalam diri kita. InsyaAllah. Semoga Tuhan melorongkan jalan untuk kita. Amin.

....

Tak mau tanya apa-apa. Cuma nak tanya ini saja.

Berapa bacaan tekanan darah anda? Tinggi atau rendah?

Dan.

Berapa kadar kolestrol dalam badan anda?

Ish.

Cakap pasal ini. Hati saya libang libu. Rasa risau. Sebab saya rasa kalau kita kurus pun belum tentu kita sehat dengan berkualiti. Ye dak?

.....

Semalam saya masak lamb chop. Sajalah meraikan sesuatu. Suka-suka.

Betul kah orang kata makan daging kambing darah tinggi?

Macam tak percaya. Habis smua orang arab makan kambing. Ye dak?

Itu pak pak arab makan daging kambing sekor tak apa pun lah. Depa lagi makan kuat. Hari-hari daging kambing. Tak apa pun kan?

Ish. Risau lah bila tengok tekanan darah tak kena.

...

Tadi.

Masa balik rumah puan ibu mertua. Saja-saja saya mengetest darah saya. Guna alat test tekanan darag yang sedia ada di rumah.

Bacaan macam tak kena.

Tekanan Darah Sistolik saya: 125 [okay. Itu kategori normal]

Tekanan Darah Diastolik saya: 98 [okay. Itu parah. Itu tidak normal. Itu tinggi namanya]

Ish.

Ish.

Ish.

Ish.

Kenapa ni?

hari itu.
dan hari itu. adn hari itu. banyak kali.
setiap kali pergi spital. bila doktor periksa tekanan darah saya. ia normal sahaja. dan selalunya mesti doktor komplain kata darah saya rendah.

dia suruh saya baham ayam setiap hari.
maka.
saya terima.
sebab saya memang tak jaga makan sangat. makan ikut dan sahaja.

....

tapi.

hari ini saya periksa. sudah darah saya menjadi tidak normal pulak?

adakah ini penangan daging kambing?

....

Ini. Saya semak dengan web kesehatan. Katanya:

Tekanan darah normal ialah apabila tekanan darah sistolik di antara 120 dan 139 mmHg dan tekanan diastolik 80 ke 89 mmHg.

Jika satu atau dua bacaan tersebut adalah sentiasa melebihi nilai tersebut, anda mungkin mengalami darah tinggi atau hipertensi.

...

Maka. What should i do hah?

Berat badan lebih? Saya tidak ada berat badan lebih

Senaman kurang? Setiap minggu joging. [tapi. Kalau sibuk tak buat pun] ni yang parah.

Makanan berkhasiat? Ya. Sehat dan berkhasiat la. [tapi kadang-kadang ikut selera saja]

Kurangkan garam? [ha. Lepas ni haku masak tawar-tawar saja lah]

Ish. Ish.

...

Dan tadi. Habis semua saya suruh cek.

tekanan darah encik suami. Dia normal.

Tekanan darah puan ibu mertua. Mak ada darah tinggi.

Tekanan darah adik ipar. Ah. Oyem pun ada darah tinggi. Lagi tinggi dari saya.

Tekanan darah makcik. Makcik pun ada.

Ha. Ish. Risau.

Lepas ini.

Nak beli alat cek tekanan darah lah.

Huhuhuhuhu.



p/s: bila sudah masuk fasa dah dewasa sangat. Saya mula fikir. Badan sudah tidak segagah dulu. Dan. Ish. Masih perasan muda belia.

0 comments :


iman dan ulam..begitu dasyat kah?