...sekolah kehidupan..

Wednesday, November 9, 2011

air mata menderu deru

amaran: ini hal saya saja. Tidak lah perlu anda bersungguh baca. ia panjang. dan sila lah pergi tidur daripada melihat tulisan ini.


Sudah dengar azan isyak. Itu tadi.

Saya masih bersila atas katil sambil dengar berita. Di ulang. Sambil dengar berita jam lapan. Bukan tengok berita. Telinga saja dengar. Dan biar tv terpasang macam itu. Sebab mata sedang melihat lappy.

Sekarang.

Sudah jam lewat lagi. Hurm. Letih. Hari ini kadar lesu saya adalah 90 peratus. Rasa seakan mahu tidur lena lena dan lena esok pagi bangun dengan segar. Tapi. bila letih sangat pun tidak dapat lelap mata juga.

Itu cerita letih.

....

Urh..

Tidak mahu fikirkan hal pelajar.

Tidak mahu fikirkan soal kerja.

Tidak mahu apa-apa.

Mahu biarkan kepala menjadi kosong sekejap. Dan buang kesemuanya.

Mahu kan dia menjadi blank.

....

Sekarang. sudah malam. Jam 10.30 sampai jam sekarang dah. Saya sedang bersembang. Di laman muka buku. Dengan adik laki-laki kesayangan saya. Dia sedang melanjutkan pelajaran di university sekarang. Usai matrikulasi hari itu.

Lama tidak boleh jumpa. Kali terakhir jumpa. Hari raya puasa.

Dia. Adik laki-laki kecik saya. Yang pada saya. Bijak dan lurus. Terasa kagum dengan sikap dan apa yang dia mampu. PMR 9A dan SPM juga 9A. Alhamdulillah. Rezeki dia dan berkat usaha. Tanda dia bukan budak tidak reti bahasa dan anak encik ayah yang patuh banyak. manja juga.

di laman mukabuku itu. Saja tegur dia.

Bertanya soal sehat atau tidak.

Bertanya soal pelajaran dia.

Bertanya soal makan dia.

Sebab.

Dia suka makan. Suka sungguh. Dok fikir macamana hidup bujang dan hidup kampus dia makan sendiri-sendiri.

Dan. Bila sedang menanti result SPM atau keputusan university. Dia menjadi tinggi dan besar dari saya. tinggi dan berdada bidang. Makan dirumah masakan puan emak. Suka saya mengusik dia. Kacau betis berbulu dia. dan menjadi laki-laki tinggi dan betis besar dan dewasa. KAHKAHKAH.

Dan sudah reti simpan kumis. KAHKAHKAHKAH. tanda sudah nak dewasa.

Dan. Bila masuk belajar. sohih menjadi tinggi kurus semula. Tanda makan tidak terjaga.

Itu lah adik laki-laki kecik.

.....

Bila tanya pasal belog dia tersadai. Dia kata. Dia tiada masa banyak. kalut esaimen dan test. Maka. saya faham.

Bila dia mengeluh hidup sebagai budak kampus. Saya lagi faham. Sebab saya pernah lalui.

Bila dia cerita macamana persaingan dengan pelajar cina yang pandai-pandai. Lagi saya faham. Otak dia lebih kurang macam itu juga. Cuma mungkin dia terasa kalah dan letih mahu berlawan pelajaran.

Bila dia kata kena bersungguh buat esaimen. maka saya lagilah faham. dia memang macam itu.

Tapi.

Saya percaya. Dia mesti boleh buat. Sebab dia selalu bersedia banyak.

....

Lepas itu.

Tak ada lain. Bersembang pasal encik ayah saya. Mungkin sebab saya teringat.

Encik ayah sekarang demam. Lagi batuk.

Adik laki-laki kecik saya kata. Dia baru saja balik. Memang encik ayah demam. Dan kurus sikit.

Hati saya masa sekarang menangis. Menyentap dengar perkataan kurus. Dan air mata turun laju-laju sambil sembang dan tulis disini.

Sebab.

Saya ada kekangan banyak. Tidak boleh balik macam dulu-dulu.

Air mata malam ini sudah tujuh gelen di pipi dan dibantal. Rasa kasih yang tak sampai. Boleh macam ini saja.

Dan

Dia menasihati saya semacam seorang dewasa. Memujuk cik kakak yang lagi besar dari dia.

dan. membaca kata nasehat dari dia. air mata lagi lah turun menderu-deru. dan biji mata menjadi merah menyala. tahan sedih dan tahan sedu.

.....


........


.......

.......

Tamat.

Entri air mata. Dan mata yang merah menyala. Pedih dan sedih.

2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

tu la.. bila dok pikio.... keje jauh... sesekali je balik jengah mak.. takat kol tu.. tak de makna nye sgt....

gamaknye bila kita tua nanti... gitu juga la kot.... ntah ke lagi dasat... anak2 keje luar negara lagi kao... huhuuh

salam aidiil adha....

pensil iman said...

pakcik..

sudah sy fikir tentang ini..rasanya, masa tua kita nanti..macam ini juga..

hidup kita macam satu putaran roda..

salam aidil adha jugak..


iman dan ulam..begitu dasyat kah?