...sekolah kehidupan..

Tuesday, November 8, 2011

Berangan Secara Hardcore

Salamun alaik.

Encik suami outstation dua hari ke Shah Alam. Maka saya jadi bujang. Bujang itu adalah duduk secara solo. Rasa hati tak syok pulak encik suami tak ada. Berindu jauh macam zaman bercinta dulu. Dia di utara. Dia di selatan.

Sekarang.

Maka. daripada duduk secara solo dengan perasaaan takut siang dan malam.

Saya balik rumah puan ibu mertua. Meneman dia dan dia meneman saya.

Ahai. Dasar penakut!

[ohoi. Takut lah. duduk sorang sorang. Jiran depan tak ada. Jiran satu lagi orang Singapore mana selalu ada di rumah. Maka. lebih baik datang di tempat ada orang. ye dak?]

Tamat.

.....

okay. Mari berangan secara teruk. Berangan seperti saya. Sungguh teruk tak menahan oh.

Satu.

Duduk rumah sorang-sorang. Encik suami tak ada. Maka. waktu sudah sampai malam. Dengan jiran pun tidak ada. Ada jiran sebelah sana saja. iba-tiba. Blackout. Tak ke naiya haku sensorang? Udah ler tak ada lilin. Jenuh meraba haku dalam kelam.

Lepas itu. Ada hantu. Mampos pengsan dan meroyan kat rumah.

Tapi. ada hantu taka pa lagi. Sebab dia Cuma hantu. Habis kuat dia buat saya pengsan dan meracau demam fobia.

Tapi.

Kalau yang masuk itu orang jahat mahu merompak. Maka. wallahua'lam. Adakah saya akan jadi apakah?

Oh. Ngeri.

[ni semua pengaruh hantu tv3]

.....

Dua.

Ini setiap hari saya berangan.

Masa naik lif ke tingkat empat belas. Sohih haku mengucap syahadah siap-siap. Sambil berdoa dipermudahkan semuanya.

Sebab apakah?

Saya rasa lif itu akan jatuh dan terhempas. Mana tempat saya mahu berpaut? Huhuhu. Hati gemuruh dan fikirkan mungkin ajal dah sampai.

Dan. Boleh jadi kaki akan patah dua.

[ni semua dok teringat dalam berita lif kat pasaraya jatuh terhempas]

....

Tiga.

Paling tak menahan. Masa buka cermin kereta. Nak monitor pintu penghadang kondominium rumah supaya buka bila nak masuk. Masa itu berangan kalau kalau haku terlanggar sampai bengkok besi penghadang. Mampos. Kesian si guard itu lah.

Dan. Lagi satu paling gerun.

Bab cermin kereta. Kadang-kadang kadar berangan tak boleh tahan oh.

Encik suami malam-malam kalau keluar naik kereta sama dia. Suka sungguh dia buka cermin kereta tak nak guna econ. Sebab dia nak rasa angin malam. Masa itu saya berangan.

Ada orang lalu naik kereta. Gdebussh! Dia simbah asid. HUHUHUHUHUHUHU. Gerun oh.

[ni kes fobia dengan kes orang jantan gila yang masuk paper suka curah asid secara random. Anda tak takut?]

.....

Empat.

Paling tak tahan. Bila berangan bab ini. masa balik sekolah sorang-sorang. Sampai rumah. Naik saja. Masa jalan nak buka kunci gril. Ada orang ikut. Naiya ni.

Masa dok godeh-godeh nak buka gril umah yang banyak lapis dan banyak kunci. Ada orang kat belakang sudah ikut dan hulur pisau.

HOHOHOHOI. Gerun ni. Memang gerun.

Memang ah. Berangan macam ini tak boleh tahan.

[ni kes banyak sangat drama dalam tv. Tengok orang jahat ikut kita sampai balik rumah]

.....

Maka.

Molek lah.

Saya ini.

Balik dan tidur.

Di rumah puan ibu mertua tersayang.

Rasa selamat.

Dan.

Tunggu encik suami disitu.

....

Tamat dan sekian.

Catatan oleh:

Si berangan secara hardcore.

Atau dalam bahasa mudah.

Catatan si berangan secara tegar.

Titik.



2 comments :

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

berangan yg +ve... amatlah bagus... tp jgn leka oleh angan2...

pensil iman said...

agree dgn pokcik..=)


iman dan ulam..begitu dasyat kah?