Seronok tengok anak murid SPM saya sedang bergraduasi.
....
LIHAT DAN SAMA
Lihat depa sarung jubah graduasi. Sama macam lihat saya dan kawan-kawan sarung jubah konvokesyen.
Masa itu rasa macam mahu bergambar sampai kepetang bersama kawan-kawan.
Lihat depa seronok dalam majlis graduasi di dewan utama sekolah. Sama macam lihat saya dan kawan-kawan seronok dalam dewan besar universiti hari konvokesyen.
Lihat depa tersipu-sipu atur langkah atas pentas terima skrip sijil. Sama macam lihat saya dan kawan-kawan begitu teliti atur langkah dan senyum masa terima ijazah di atas pentas.
Lihat depa tersenyum dan dok control senyum paling manis masa ambil sijil di atas pentas dan senyum untuk juru kamera ambil gambar. SAYA LAGI LAH TERSENYUM-SENYUM tengok gelagat depa.
Sebab dulu lihat saya dan kawan-kawan pun macam itu juga. Gerak langkah kena lah cantik. Dan cara ambil dan pegang skrip ijazah juga kena lah betul. Juru kamera akan merakamkan gambar kita.
Itu lah kenang kenangan sampai ke akhirnya.
Lihat depa tersenyum dan berbunga-bunga dalam hati dalam majlis graduasi sebab sudah tamat belajar. sama lah macam saya dan kawan-kawan senyum dan berbunga-bunga dalam hati bila konvokesyen tanda tamat lah sudah pelajaran selama empat tahun buat ijazah.
....
JERIH PAYAH RASA MAHU CEPAT DIBALAS
Oh. Bahagia.
Masa itu encik ayah dan puan emak datang sama. Meraikan kejayaan anak konvokesyen. Saya boleh rasa gembiranya hati encik ayah dan puan emak tengok anak naik pentas terima skrip ijazah.
Dan dalam hati saya boleh menangis rasa susahnya encik ayah dan puan emak bagi pelajaran dan biaya kita. jerih dan payah.
Terima kaseh ayah dan emak. Sebab menjadikan saya seseorang. Dan sekarang ini adalah tugas saya pula menjadikan anak murid saya seseorang juga.
Dan lepas itu otak saya sudah fikir kan kerja. dan mahu cepat bekerja. Mahu balas semua jerih payah encik ayah dan puan emak. Perasaan masa itu mahu cepat terima gaji pertama. Mahu buat encik ayah dan puan emak merasa. [sob. Sob. Sob.] sedih oh.
....
DAN INI KENANGAN
Dan. Melihat gembiranya hati anak murid saya hari ini. Saya senang hati. Rasa seronok.
Nah! Ini anak murid SPM saya sedang bergraduasi.
lihat pelajar saya yang besar gedabak dari saya ini.
Yang kiri bersongkok Itu namanya waiezzat. Pelajar comel saya yang selalu saya usik dia bila tiap kali dia minta izin mahu pergi tandas.
saya tanya dia dengan soalan membunuh perasaan: " pergi berak kah"? sohih dia tersipu. Dan ada gelak tawa di hujung oleh kawan-kawan.

.....
belajar lah bersungguh. kelak boleh merasa konvokesyen sebenar!

2 comments :
bes nye konvo.... pakcik nih despes.. tak merasa pun konvo... masa tadika pernah la....
ala pokcik...menawok ek dia...ahahha
Post a Comment